16 May 2018

Dugaan & Pengalaman Baru Semasa Berpantang


16 Mei 2018.

Alhamdulillah, hari ni genap 41 hari berpantang, hari Sabtu ni (19 Mei 2018) selesai tempoh aku berpantang 44 hari yang jatuh pada hari ketiga Ramadhan. Darah nifas pun masih ada, jadi kemungkinan besar awal Ramadhan aku belum boleh melaksanakan ibadah puasa.

Banyak benda nak ditulis dan dikongsikan, tapi persekitaran dan aktiviti harian aku dah berubah 100 peratus, jadi masa agak terhad nak menulis di sini.

Admit wad pada 3 April 2018. Bersalin pada 6 April 2018. Anak dimasukkan ke nurseri untuk pemantauan. Lepas bersalin czer, perlu kekal di wad 2 hari lagi sehingga 8 April 2018 untuk doktor memantau luka czer dan kesihatan badan aku agar kembali pulih. Tengahari 8 April dah boleh discaj tapi yang sedihnya anak masih ditahan di nurseri. Anak tak ada masalah cuma discaj note belum disediakan sebab doktor incharge tiada (read:weekend). Jadi terpaksa la pulang tanpa anak. Alhamdulillah hari yang sama bersalin, susu kolustrum dah keluar dan dapat kumpulkan untuk diberikan pada anak di nurseri. Cuma semasa tiba di rumah lepas discaj, terjadi bengkak susu sebab jarak masa memerah susu agak lama kerana aku belum ada bekas simpanan susu (bekas plastik dadih). 

Pagi Isnin 9 April 2018 berulang ke nurseri untuk hantar susu badan yang dikeluarkan secara marmet. Masih belum ada discaj note. Hari yang sama, nurse KK tiba dibrumah untuk buat pemeriksaan dan pemantauan ibu selepas bersalin. Petang tu datang semula ke nurseri untuk hantar susu dengan berwheelchair sebab badan masih lemah nak bergerak, alhamdulillah nurse maklumkan dah boleh bawa anak keluar nurseri dan balik. Maghrib baru sampai ke rumah dengan anak.

Selasa 10 April 2018, suami ke JPN menguruskan pendaftaran kelahiran anak dan terus buat MyKid. Hari yang sama juga nurse KK tiba di rumah untuk pemeriksaan kami berdua anak beranak. Nurse perasan anak ada kuning sedikit di muka dan suruh ke KK Sungai Udang untuk check darah.

Start dari situlah dugaan berpantang macam serupa tak berpantang aku lalui. Setiap hari ke KK untuk check kuning anak; trend bacaan TSBnya sekejap turun, naik, turun dan naik semula sehingga hari ke-16. Hari bekerja Isnin hingga Jumaat ke KK Sungai Udang, hari Sabtu ke Poliklinik Masjid Tanah dan hari Ahad ke Unit Kecemasan Hospital Alor Gajah untuk check kuning. Stressnya aku dengan kuning anak dan tekanan dari saudara mara & kawan-kawan yang memberi macam-macam petua untuk turunkan kuning anak; sampai tahap setiap hari aku asyik menangis je. Suami jadi sangat risau dengan keadaan aku masa tu. Apa yang paling aku risaukan akhirnya terjadi juga; anak kena prolonged jaundice.

Dah la berpantang sendirian hanya bertemankan suami sahaja, nasib baiklah adik bongsu ambil cuti seminggu lepas aku discaj untuk bantu masak lauk berpantang, menyuntik baki injection heparin di lengan untuk cairkan darah serta ajar suami cara mandikan anak. Nurse KK pula hampir setiap hari datang (9 -14, 17, 20 & 25 April 2018) untuk check perkembangan aku dan anak di rumah.

26 April 2018 - Ke KK Sungai Udang untuk membuat ujian lanjutan prolonged jaundice iaitu sampel urin dan sampel darah anak diambil untuk dihantar ke GH Melaka. Alhamdulillah keputusan urin normal. Bacaan TSB kuning anak turun jadi 9. Lain-lain bacaan OK cuma bacaan larut air sedikit tinggi tapi tidak sampai tahap red alert.

8 Mei 2018 - Ke KK Sungai Udang untuk suntikan sebulan anak (dos kedua Hepatitis) dan juga perbincangan dengan doktor tentang kaedah perancang untuk diri sendiri. Selepas berbincang dengan adik bongsu, akhirnya aku ambil keputusan untuk mengambil suntikan perancang Depa Provera setiap 3 bulan sekali memandangkan aku perlu menjarakkan kehamilan sekurang-kurangnya 2-3 tahun akan datang. Hari yang sama juga aku menerima suntikan depo di bahagian punggung. Anak pula disuntik di bahagian peha...kesiannya, aku tak masuk sama semasa anak disuntik sebab masih trauma anak asyik kena ambil darah di tangan dan tapak kaki, jadi suamilah yang membawa anak dan memegangnya ketika nurse menyuntik dos hepatitis di peha anak.

Pengalaman sepanjang berpantang? Hurm....sangat banyak.

Pengalaman menyusukan anak ketika kuning memang sangat menduga kami suami isteri. Yang aku perasan, setiap kali bacaan kuning anak naik, tahap lena anak sangat tinggi hingga susah untuk dikejutkan untuk menyusu. Macam-macam cara kami guna; tak bedung masa tidur, lap muka dengan kain yang dibasahkan, panggil nama sehingga tahap picit tapak kaki /peha untuk bangunkan anak. Ya Allah! Meleleh-leleh airmata kami suami isteri sebab rasa sebak sangat anak sekecil ini dipicit tapi apakan daya, itu sahaja cara nak kejutkannya agar dapat menyusu bagi menurunkan kuning. Atas nasihat doktor pula, perlu menyusukan anak sekerap mungkin dalam tempoh sejam ke satu jam setengah, memang kepala aku jadi weng sebab kitaran tidur dah berubah sama sekali. Selain tu kena pantau kencing berak anak semasa kuning; kami suami isteri memang monitor warna najis anak sebab melalui buang air besar sahaja kuning anak dapat dikeluarkan dari sistem tubuh badannya. Percaya tak? HP kami suami isteri banyak gambar poo-poo anak sebab nak tunjukkan pada adik bongsu yang doktor tu jenis dan warna poo-poo anak kami. Huhuhuhu...

Alhamdulillah, sekarang dah boleh adapt dengan corak penyusuan anak dan tempoh masa tidur anak sepanjang hari. Anak bertuah ni sangat suka mengempeng dengan maknya; pantang diletak sekejap, dia buka mata lepas tu melalak sekuat hati. Aduhai pipi merah comel Mama ni....

Cara berpantang melalui corak pemakanan aku memang tak ikut sangat cara berpantang orang lama. Salah satu sebabnya tak ada orang menjaga aku semasa pantang. Mak mertua pun tak berapa sihat jadi dia hanya dapat menjaga aku 2 hari sahaja, selebihnya aku berpantang sendiri dan makan menu berpantang secara ala kadar sahaja; cuma aku ambil pendekatan berkonsepkan makan dengan sukatan suku-suku-separuh, minum air suam/ masak sekurang-kurangnya 3-4 liter setiap hari dan banyakkan bergerak. Masalah sembelit pun tiada sepanjang berpantang, alhamdulillah.

Berurut semasa berpantang pun aku hanya buat ala kadar sahaja, dapatlah berurut dengan Kak Ayu selama 3 hari tapi tak berturut sebab aku terpaksa berulang alik ke KK untuk check kuning anak), berselang seminggu juga la...alhamdulillah lega sikit badan bila berurut satu badan, bertungku (tak usik bahagian czer), dan sengkak rahim.

Untuk rekod:
Berat terakhir semasa mengandung: 77.2KG (Naik 6.4KG)
Berat Baby A : 3.1KG
6.4KG - 3.1KG: 3.3KG (Berat badan sebenar semasa mengandung)
Berat 3 hari selepas Czer: 75.2KG
Berat 5 hari selepas Czer: 72.2KG
Berat 1 bulan selepas bersalin: 67.2KG (Turun 10.0KG)
Berat sebelum mengandung: 70.8KG

Bersambung....

4 comments:

  1. mula2 nak nangis baca yg part atas2 tu..bila part 'dlm hp byk gmbr poo-poo' terus gelak..hehe..sweet sngt..lama kan tunggu saat camni..happy for you ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekarang tengok berak baby dah tak geli dah. Hari-hari tunggu dia berak lepas tu kemas dengan senang hati. Allah SWT nak kasi rasa uruskan anak kecil pd usia Yani suami isteri dah masuk 35 ni....terima je dengan hati terbuka.

      Delete
  2. Dugaan betul kan. Takpe setiap keperitan tu mesti ada kemanisan. Bestnya la hai.. Ni kuning dah ok blom? Bab gambar poo poo tu kelakar. Demi untuk anak, apa saje pun sanggup diharungi. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaAllah nampak kuning dah makin hilang walaupun agak lama (prolonged jaundice). Sekarang kemas berak kencing anak dah jadi aktiviti rutin Yani...dengar baby kentut pun boleh jadi happy. ;)

      Delete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)