17 May 2018

17 Mei 2018 : Hari Pertama Untuk 3 Perkara


17 Mei 2018.

Assalamualaikum dan Salam Ramadhan semua!
Terpanggil untuk catit benda ni di sini untuk kenangan dan rujukan masa hadapan. Setelah sekian lama brown spotting berlarutan selepas darah nifas, akhirnya darah period pertama selepas bersalin hadir hari ini dengan lebih jelas. Ikutkan hari Ahad lepas masih ada brown spotting setiap kali buang air kecil. Hari Isnin (14 Mei 2018) ke Hospital Besar Melaka untuk temujanji susulan Klinik Pakar Mata; ditemani suami dan baby. Agaknya berjalan jauh dari klinik ke parkir kereta dan dah lama tak berjalan jauh sepanjang berpantang...sampai di rumah, tengok ada secalit spotting berwarna coklat kemerahan. Selasa, Rabu pun sama...bila rujuk adik bongsu dan kakak, mereka kata masih belum suci dan belum boleh mandi nifas. Sekali hari ni (Khamis) masa tengah nak mandikan baby, terasa ada something keluar di bawah; tengok-tengok ada setompok besar fresh blood. Aik...dah period ke? Tanya adik, dia kata memang macam dah period balik ni.

Tengahari tadi masa nak keluar ke kedai dengan suami, beria minta kunci kereta dari suami dan cakap nak drive kereta sendiri. Rasa cuak juga sebab dah lebih sebulan lebih tak pegang stereng dan lepas bersalin czer. Alhamdulillah 5 minit awal je macam takut-takut nak drive, lepas tu dah laju dah. Huhuhu....skill drift tak hilang lagi.

Hari ni hari pertama di bulan Ramadhan. Walaupun tak berpuasa, tapi dah rasa macam feel berpuasa sama pula. Alhamdulillah, sebelum pukul 4 petang dah selesai masak sup ayam, jerang nasi beras perang dan buat tauhu sumbat serta kuah cili cecah untuk menu berbuka suami hari ni.

4 comments:

  1. Salam Ramadhan Yani..sonok tahun ni dh ada baby.. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Ramadhan juga buat Fieza sekeluarga...inshaAllah bertambah happy raya ni tapi masih dalam proses nak adjust hidup dengan baby. Semoga Fieza diberikan rezeki yang sama tau?

      P/s: Yani conceive masa bulan Syawal tahun lepas, entah mulut siapa (saudara mara) yang masin mendoakan Yani dpt baby. Try Fieza masa salam dengan mak/bapa saudara, minta mereka doakan Fieza murah rezeki anak....seingat Yani itu yang Yani buat tahun lepas.

      Delete
    2. insyaallah, aamiin..moga dpt juga rezeki macam Yani satu hari nanti..btw,0tq yani for the tips, nanti cuba praktikkan jugak..sbb selalu bila jumpa sedara mara, down bila dorang tanya part anak..terus menjauhkan diri, nak cepat keluar dari rumah dorang..haha..perangai sangatkan..

      Delete
    3. Yani dulu-dulu mcm tu juga perangai malah lebih teruk siap buat muka dan bgtau suami lenkali tak nak pergi rumah sedara mara macam tu lg. Tapi 1-2 tahun ni, Yani just tukarkan topik perbualan masa raya dari pertanyaan bila nak ada anak kepada minta mereka doakan cepat2 kami dpt baby....org tua lg suka kita minta mereka doakan utk kita...

      Delete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)