07 February 2018

Kisah Sepanjang Trimester Ketiga Part 1

18 Januari 2018 - Temujanji pertama KKIA untuk trimester ketiga kehamilan ini. Ada kenaikan 100gm dari timbangan berat badan pada 4 Januari yang lepas, menjadikan berat badan terkini 74.7KG. Masa staf nurse buat pemeriksaan perut, dia tekan dan beritahu kedudukan rahim dah naik 27cm dari ari-ari dan jantung baby pun berdegup normal. Bacaan HB juga naik sedikit dari 12.7 ke 12.9. 
Staf nurse juga maklumkan :
- bermula 28minggu (24 Januari 2018) dah boleh mula mengira dan mencatat graf pergerakan janin dan mengajar bagaimana nak kenalpasti dan kira pergerakan tersebut (9.00 pagi - 9.00 malam) sehingga 38 minggu
- temujanji seterusnya pada 29 minggu akan diberikan suntikan kancing gigi (anti tetanus) 
- dah boleh buat persiapan bersalin, standby barang-barang baby dalam kereta dan sentiasa kena bawa buku pink ke mana-mana
- nurse tanya sama ada kami suami isteri ada perancangan merancang keluarga selepas kelahiran nanti dan apa kaedah yang akan digunakan (pil / suntikan/ implanon)
- kedudukan kepala baby dah ke bawah tapi selagi belum 36 minggu, baby memang akan sentiasa bergerak / berpusing


21 Januari 2018 - Sesi mencuci baju, tuala dan lain-lain material kelengkapan baby pada 27w 5d. Keluarkan dari plastik dan cuci 2 round. Selesai cuci, baru lega dan boleh mula mengasingkan beberapa helai untuk dimasukkan dalam beg untuk persediaan ke hospital nanti.


27 Januari 2018 - Appointment di Klinik Pakar Wanita Liu & Vincent pada usia kandungan 28w 4d, tujuan asal untuk buat 3D scan. Tapi nampak gaya Baby A tak bersedia lagi, puas Dr Vincent goyang-goyangkan perut Mama dia tetap halang muka dengan tangan. Jadi Dr Vincent hanya buat detailed scan sahaja. Alhamdulillah;
- kepala baby masih berada di atas, masih berpusing-pusing lagi
- kaki berlipat sampai muka
- air ketuban cukup
- uri berada di atas
- jantung ok 150bps
- perut dan pundi kencing normal
- tulang belakang dan tulang kaki ok
- dah confirm jantina, doktor tunjuk elok je celah kelengkang Baby A..bahaha
- anggaran berat baby A adalah sekitar 1.2kg
- as long cukup 10 kick dlm 12 jam takde masalah, cuma jenis berjaga malam la baby ni, tengahmalam sampai pagi dia aktif dalam perut.
Doktor Vincent suruh datang scan semula dalam tempoh sebulan la (kandungan 32w+) untuk 3D scan. Harap-harap Baby A beri kerjasama nanti ye? Bayaran kali ini RM120, alhamdulillah pihak klinik beri free gift sampel susu bayi, sampel susu ibu mengandung dan juga baby bag pack brand Similac.

27 Januari 2018 - Hari yang sama temujanji di klinik swasta, terus ke Sunway Geo Tower di Subang Jaya untuk menghadiri Bengkel Kelahiran dan Penyusuan kelolaan Projek Susu dengan suami. Alhamdulillah banyak ilmu semasa mengandung, selepas bersalin dan semasa berpantang yang dapat dipelajari hasil bengkel separuh hari ini. Dapat jumpa sekejap je KekDa dan Kapten Rizq di luar bengkel sebab nak serahkan buku-buku yang KekDa pesan belikan di MITC tempohari. Lepas bengkel, ajak suami ke Mid Valley untuk cari barang baby A di Today's Baby Expo. Kami tiba di Melaka jam 10.00 malam, letih sangat kaki berjalan tawaf The Gardens dan Mid Valley, tapi dapat rasalah baby A lasak dan aktif dalam perut. Terkejut agaknya mama banyak berjalan satu hari ni. Huhuhu....

31 Januari 2018 - Temujanji susulan di Klinik Mata, Hospital Besar Melaka jam 7.30 pagi, selesai semua urusan jam 10.00 pagi. Sepatutnya dapat timeslip, tapi masa berbual denagn doktor, beritahu dia yang last appointment drive balik dalam keadaan mata kabur dan silau dan hampir accident, terus Dr berikan MC, suruh rehat betul-betul sebab bahaya memandu dalam keadaan yang sama kali ini. Progress temujanji kali ini tetap sama, dan doktor minta datang semula dalam tempoh sebulan. Dapat tarikh next TCA untuk Klinik Mata iaitu pada 5 Mac 2018 (Isnin) jam 9.30 pagi.

Kebetulan berada di Hospital Besar Melaka, sempat singgah ke Klinik O&G bersebelahan Klinik Mata untuk dapatkan tarikh Kursus Peneman. Alhamdulillah, staf nurse beri slot kursus tersebut pada 16 Mac 2018 (Jumaat) tarikh sebulan sebelum tarikh jangkaan bersalin. Perlu datang awal jam 8.00 pagi, di mana kursus tersebut perlu dihadiri berdua bersama suami isteri bermula jam 8.30 pagi sehingga jam 12.00 tengahari. Perlu bawa bersama buku Pink/Merah, salinan sijil nikah (dah ada dalam buku Pink tu pun), dan kena ambil cuti rehat sendiri (pihak klinik tidak akan membekalkan MC) dan makan minum perlu dibawa sendiri.

1 Februari 2018 - Temujanji di KKIA Sungai Udang, usia kandungan 29w 2d. Kali ni berat badan naik 1KG dengan jayanya, huhuhu nasib baik dalam lingkungan berat badan yang masih boleh diterima (1KG/2 minggu), jadi berat terkini adalah 75.7KG. Ukuran ketinggian rahim pun naik sedikit kepada 29cm, jantung baby 142bps dan kebetulan masa nurse nak check perut, baby A tengah bergerak-gerak terus nurse kata haa dah nampak pun pergerakan dia. Sebelum jumpa doktor, aku tanya staf nurse pasal Kelas Antenatal dan tunjukkan dalam HP ada beberapa KKIA di Melaka yang sedang buat promosi kelas tu. Alhamdulillah, staf nurse kata kebetulan hari ni ada Kelas Antenatal dibuat di KKIA Sungai Udang dan dia terus telefon pegawai berkenaan dan masukkan nama aku on the spot. Kelas pun belum start lagi masa tu, jadi memang aku sempat belajar dari asas. Tak lama pun tempoh masa kelas antenatal tu; antara ilmu-ilmu yang diajar adalah tentang senaman sebelum dan selepas bersalin, penjagaan otot lantai pelvik, cara pernafasan semasa bersalin dan banyak lagi. Dalam kelas tu, baru dapat tahu ibu mengandung 7 bulan dan ke atas tak digalakkan buat senaman kegel sebab akan menyebabkan laluan baby sempit. Lepas bersalin lepas jahitan dah kering dan OK, bolehlah dimulakan senaman kegel untuk menguatkan otot lantai pelvik semula. Tapi bila aku bertanya dalam post Prof Imelda Balchin tentang senaman kegel ni, Prof maklumkan tiada masalah untuk diamalkan even sepanjang kehamilan dan boleh terus buat selepas bersalin. So, kita ikut jalan tengah je la..buat sedaya yang mampu dan tak terlalu ekstrem.

Selesai Kelas Antenatal, naik semula ke blok KKIA dan berjumpa nurse sebab nak ambil suntikan kancing gigi, alhamdulillah sekejap je dan tak rasa apa pun. Berjumpa doktor di bilik 5 dan kemudian sebelum balik ke farmasi untuk restok ubat Obimin.

7 Februari 2018 - Temujanji pertama Klinik O&G Hospital Besar Melaka untuk trimester ketiga kehamilan ini (usia kandungan 30w 1d). Berat badan masa temujanji 20w 6d (kandungan hampir 5 bulan) dulu 74.7KG, sekarang berat badan terkini pada kandungan 30w 1d (masuk 7 bulan kandungan) adalah 75.8KG; ada kenaikan sebanyak 1.1KG dalam jarak tempoh 2 bulan. Selesai proses timbang, tekanan darah dan ujian urin, terus nombor giliran dipanggil ke Bilik 7 untuk sesi kaunseling beramai-ramai dengan pesakit lain tentang pendidikan penyusuan susu ibu, diet diabetik semasa mengandung oleh dietitian dan juga kaunseling pendedahan berkaitan GDM dan cara rawatan oleh ahli farmasi.

Jumpa doktor di Bilik 3 dan kemudian scan kandungan di Bilik 10. Alhamdulillah semuanya OK, kedudukan kepala baby ke bawah, air ketuban pun cukup dan berat anggaran baby adalah 1.4KG. Yang kelakarnya, masa doktor tengah scan, baby A boleh kick mesin scan handheld yang doktor tengah letak kat perut...terkejut doktor dibuatnya. Huhuhu....Temujanji seterusnya adalah dalam tempoh sebulan iaitu pada 7 Mac 2018.


15 Februari 2018 - Temujanji di KKIA Sungai Udang pada usia kandungan 31w 2d. Alhamdulillah bacaan HB naik semula dari 12.9 (18 Jan 2018) kepada 13.8. Berat badan naik 100gm dalam dua minggu; 75.7KG (1 Feb 2018) kepada 75.8KG. Syukur alhamdulillah tapi nurse tanya sikit je naik? Ukuran ketinggian rahim naik dari 29cm kepada 31cm. Jumpa doktor pun sekejap je sebab semua OK. TCA temujanji seterusnya adalah pada 1 Mac 2018 dan masa tu juga akan disuntik dengan suntikan kedua kancing gigi.

16 Februari 2018 - Percubaan kali kedua untuk scan 3D/4D di klinik swasta, kebetulan Klinik Mesra Pertam Jaya Semabok mengadakan promosi sempena CNY scan 5D RM80. Gigih bertolak awal dari rumah disebabkan tiada booking dibenarkan, cuma walk-in sahaja. Nampak gaya Baby A betul-betul nak buat surprise dengan mama dan papa dia, masih belum ada rezeki tunjuk muka. Tapi Alhamdulillah terubat hati bila doktor perempuan Melayu yang scan banyak terangkan dengan lengkap keadaan baby A. Berat anggaran pada usia kandungan 31w 3d adalah 1.745KG. Keadaan kesihatan Baby A pun semua normal dan OK. Total caj adalah RM70 yang dikenakan.

17 Februari 2018 - Alhamdulillah, selesai mencuci dan mengemas keperluan pakaian dan barang-barang baby untuk beg yang akan di bawa ke hospital nanti. Begitu juga dengan beg untuk diri sendiri. Lega sikit hati bila semua dah hampir lengkap disediakan dan diletakkan dalam kereta.

6 comments:

  1. Lama x ikuti blog ni.Tetiba nmpak update tuan blog rupanya dah pregnant msk trimester ke3 dah rupanya.Alhamdulillah...tahniah ye...akhirnya berpeluang merasai nikmat bergelar ibu...tlg doakan saya dan rakan2 lain yg masih berharap ni juga yea..

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaAllah Ieda, doa saya untuk semua kawan-kawan TTC tak pernah tinggal saya titipkan dalam doa selepas solat saya...semoga kawan-kawan TTC lain juga dikurniakan zuriat sendiri dengan apa cara sekalipun berkat usaha dan tawakal kepada Yang Esa. Doakan saya selamat melahirkan zuriat ini dengan selamat ye?

      Delete
  2. alhamdulillah, memang letak blog ni dalam bloglist saya sebab suka baca blog ni. tapi dah lama tak singgah dan komen. saya doakan agar semuanya selamat dan dipermudahkan. syukur selalu. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, terima kasih ye Farhanah atas doa yang dititipkan...blog suam-suam kuku je ni. Sekadar mencoret kenangan... :)

      Delete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)