15 January 2018

EO Gentle Baby - EO Pertamaku


15 Januari 2018.

Essential oils pertamaku. Alahai, terjebak juga akhirnya berEO setelah berkali-kali adik bongsu dok sogok dengan info kebaikan YLEO yang dia gunakan selama ni. Beli pun secara loose item je, bukan pakej BSK, BPSK apantah lagi pakej lengkap PSK..hehehe, tunggu dividen TH bulan Februari baru dipertimbangkan untuk beli set PSK tu, inshaAllah.

Aku mula berjinak-jinak dengan YLEO ni masa terkena selsema dan sakit tekak aritu masa usia kandungan 23 minggu, adik bongsu pinjamkan sebotol EO Peppermint dia kepada aku inhale untuk kurangkan blockage akibat selsema, alhamdulillah reda juga la selsema. Lepas tu, masa adik bongsu singgah di rumah, dia ada berikan beberapa EO sample pack untuk aku cuba. Satu hal pula aku nak kena cari carrier oil untuk dilute EO sebab ada sesetengah EO yang tak boleh direct disapu ke kulit. Apa-apa pun belajar perlahan-lahan tentang EO ni, sebab niat aku cuma satu untuk kegunaan semasa berpantang dan untuk kegunaan baby nanti.



8 comments:

  1. ni kena ada bekas dia ke?ada gak nmpk member2 yg berEO..boleh tahan gak rega dia..

    ReplyDelete
    Replies
    1. EO ni boleh guna macam-macam cara Fieza...
      1) Dilute dengan carrier oil - satu cara untuk guna EO yang boleh buat kulit sensitif
      2) Topikal - sapu direct pada kulit badan kita atau baby
      3) Diffuse dengan alat diffuser EO - campurkan dalam air dan diffuse dalam bilik/pejabat.

      Harga memang boleh tahan, sebab tu Yani beli loose item dulu buat masa ni. Beli mana yang perlu je dulu.

      Delete
  2. dgr2 ade kawan ttc yg endo berjaya hasil dr guna EO tau...tgg tuan nye badan update! seronok dgr

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes, malam tadi pun ada terbaca dari member TTC di FB pasal kes berjaya conceive dengan usaha berEO, alhamdulillah...happy sangat...kita tunggu tuan badan yang announce sendiri. Apa-apa pun syukur alhamdulillah, bukti tiada yang mustahil untuk conceive dengan berusaha, tawakal dan ketentuan Allah SWT.

      Delete
  3. Replies
    1. Saya beli dengan harga retail dalam RM120++ sebotol, bukan ahli YL pun...

      Delete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)