08 December 2017

Rindu Pada TTCians


8 Disember 2017.

Lately, aku selalu juga buka semula link blog-blog ttcians yang berada di sebelah kanan bloglist aku, ternanti-nanti entri terkini dari mereka semua. Bila ada yang berupdate, lekas-lekas aku jengah blog tersebut untuk mengetahui perkembangan terkini masing-masing.

Rindu wei, aku jadi rindu pada kerancakan blog TTCians yang sama-sama berTTC sepanjang 2011-2017. Ada yang dah berjaya conceive dan senyap terus dari dunia blogging. Aku faham, mungkin kesibukan menguruskan famili membataskan masa masing-masing untuk update blog. Ada yang masih berusaha untuk conceive tapi lama menyepi tanpa khabar berita; tak pasti sama ada masih dalam rawatan atau usaha TTC atau berhenti sejenak untuk mengumpul semula semangat TTC mereka.

Walau apa pun, aku tetap berdoa kalian semua sentiasa di bawah lindungan kasih sayang Allah SWT, disihatkan tubuh badan dan masih kekal bahagia dengan suami dan keluarga masing-masing. Sesungguhnya aku tahu, korunk adalah golongan yang sangat tabah dan kuat menghadapi dugaan hidup yang satu ini. Sayang dan rindu kalian semua ketat-ketat!

8 Disember 2017
21 minggu 3hari
Alhamdulillah, genap 5 bulan usia kandunganku ini. Semoga kandungan ini sentiasa dalam keadaan baik dan selamat dilahirkan nanti. Amin ya rabbal alamin...


20 comments:

  1. Replies
    1. Rindu kat KekDa juga ni....bilalah boleh gathering sama-sama lagi ni?

      Delete
  2. kita ade je ari2 blogwalking..nk hapdate jek malas....hahahahahaha bace je rajin...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mama Reha, update blog pleaseee! Nak tahu juga perkembangan 2nd baby Mam Reha...Yani catit progress by trimester, jadi kena tunggu selang bulan baru up entri baru...untuk rekod peribadi je.

      Delete
  3. Eyza pun selalu bw blog member2 TTC.. tapi dekat blog tak pernah Eyza cerita perjalanan TTC Eyza lepas blog TTC Eyza kena godam.. Eyza fokus dengan blog lifestyle je. Ingat nak tulis perjalanan TTC.. tunggu ada kekuatan dan idea..

    Www.eyzamiel.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alahai, lepas kena godam semua entri TTC Eyza hilang ke? Bagus kalau disambung semula penulisan blog TTC Eyza tu...boleh jadi sumber rujukan TTCian yang lain...Yani pun boleh baca juga....

      Delete
    2. a'ah. Semua hilang.. sedih sangat. Semua data TTC dalam tu. Dah tak ingat dah kalau nak buat yang baru. Tahniah tau Yani. Happy dengar dah pregnant. :)

      Delete
    3. Takpe la Eyza, benda dah nak jadi dah tak boleh diundur balik....apa-apa pun semoga Eyza cepat sembuh dan dikurniakan rezeki sekali lagi tahun ni. Amin ya rabbal alamin...

      Delete
  4. Masih berusaha cuma tak up entry pasal TTC di blog sebab sekarang lebihkan pada lifestyle..Tapi usaha masih diteruskan walaupun kadang-kadang rasa macam nak give up pun ada..hehe..cuma usaha skrg yg basic sahaja..workout, buat opk, cuba kurangkan yang manis sbb pcos dan always think positive, w/pun kdg2 ada gak ternegatif..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Usaha kecil atau besar asalkan tak mudah mengalah, Fieza...PCOS ni agak susah nak tentukan waktu subur dengan kaedah OPK tau Fieza, Yani pernah tanya sendiri pada doktor sebab setiap cycle tak semestinya kita ovulate, OPK boleh mengelirukan. Cara yang lebih berkesan adalah kita scan di klinik pada CD11-14 untuk tengok progress telur...agak renyah tapi lebih berkesan kalau kita serious nak conceive pada bulan tu.

      Delete
    2. ha'ah betul tu yani..pcos ni susah nak ovulate setiap bulan.tapi bulan ni saya dpt ovulate sbb masa cd ke berapa haritu dapat 2 line terang..hooray..hehe..ada rezeki, lekat la..tak ada rezeki, cuba lagi..hehe

      Delete
    3. Alhamdulillah..Yani doakan ada rezeki Fieza dan suami bulan ni...doa banyak-banyak tau...mana tahu tahun depan ramai TCCians conceive sama tahun depan Yani....meriah nanti..

      Delete
  5. salam sis, sy lily . sy ada folow citer pasal sis usaha hamil dan jumpe doktor , cume sy nak tau mcm mane sis berjaya hamil dgn cara atau bantuan ape ? sbb sy cari citer sis berjaya hamil takjumpe . sy pon tgh usaha berjumpe pakar utk ikhtiar hamil .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm Lily...untuk kes saya, saya naturally conceive semasa sedang berehat dari sebarang rawatan kesuburan dan temujanji dengan mana-mana hospital. Wallahualam, saya rasa mungkin saya berjaya conceived along the way semasa saya dalam proses menurunkan berat badan (start dari Januari 2017 sehingga Ogos 2017), menjaga pemakanan saya dan banyak melibatkan diri dengan senaman dan sertai larian secara suka-suka dengan suami. Dalam masa yang sama, saya cuma fokus pada usaha mendapatkan kitaran haid yang lebih pendek dan teratur (juga bergantung kepada proses penurunan berat badan saya) dan hanya serius makan asid folik dalam 2-3 bulan sebelum conceive. Itu sahaja. Memang tak sempat buat apa-apa rawatan kesuburan macam IUI walaupun memang itu plan saya untuk tahun 2018.

      Delete
    2. ouh, tahniah sis, berkat kesabaran sis & suami membuahkan hasil dgn izin ALLAH , kisah sis sama dengan kawan , dia melibatkan diri dgn aktiviti kesihatan & ada mengikuti kelas berenang , pemakanan dijaga selama 3bulan tanpa fastfood pon. Alhamdulillah lepas 3bulan hamil.saya follow juga cara dia sampai skg , moga sis dan baby selamat sampi dilahirkan . amin.

      Delete
    3. Kadang-kala kena ubah cara dan jenis usaha TTC kita, mungkin badan dah terlalu imun dengan ubat-ubatan kimia jadi kena beri masa pada badan untuk singkirkan semua tu dan start semula usaha TTC kita. InshaAllah, tak salah usaha cara moden/ tradisional dan alternatif ...yang penting berbalik pada tawakal pada ketentuanNya.

      Delete
    4. betul tu , inshaALLAH selagi ada rahim kita masih boleh hamil .

      Delete
    5. InshaAllah, saya doakan usaha TTC awak dipermudahkan dan berjaya conceive dala masa terdekat. Amin ya rabbal alamin....

      Delete
  6. tahniah kak. sy pun lama x update blog. skang tgh confinement baby no 2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya Allah! Tahniah Idza...sekejap je dah masuk baby no.2.....doakan akak selamat melahirkan baby ni ye...debar dah kurang 8 minggu dah nak melahirkan..

      Delete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)