01 December 2017

Berjalan Kaki Santai Pagi Maulidur Rasul 2017


1 Disember 2017.

Salam Maulidur Rasul, semua.
Awal pagi ni pujuk suami ajak briskwalking sekitar taman perumahan. Suami agak keberatan tapi terpaksa akur bila aku dah bersiap tukar baju t-shirt dan seluar trek. Seluar trek dah terasa ketat di bahagian perut, rasa sendat dan tak selesa mengah dibuatnya. Keluar juga akhirnya tapi bersyarat; jalan kaki sahaja tak boleh laju-laju. 

Banyak laluan 10K yang jadi kebiasaan kami, suami suruh skip sebab fikirkan banyak kawasan berbukit dan turun naik. Bolehlah dari takde orang kata....hampir 6,000 langkah dapat dicapai pagi ni dengan berjalan kaki santai. Dah hujung-hujung nak sampai lorong rumah jadi termengah-mengah kepenatan, berpeluh mungkin sebab matahari dah tegak atas kepala jam 9.00 pagi.

Rindu sebenarnya nak berbriskwalking. Last time berbriskwalking masa selepas keluar wad waktu kandungan 4 minggu lebih masa bulan Ogos lepas. Masa tu pun terasa mengah waktu berjalan. Masuk usia kandungan 5 bulan ni baru tertunai hajat nak berbriskwalking semula sekitar taman dengan suami. Entah bila lagi dapat ulang aktiviti ni...wallahualam.

No comments:

Post a Comment

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)