31 December 2017

Entri Penutup 2017


31 Disember 2017.

Bukan setakat dari awal mengandung sebenarnya, bahkan dah lebih setahun tak berpeluang jamah lontong. Last try buat lontong masa hari pertama berbuka puasa tahun bila ntah. Lepas tu bila dah start berdiet, memang sarapan memang dengan shake sahaja la. Dari awal mengandung cari lontong di kedai, tapi suami selalu kata kedai yang biasa jual lontong time arwah Mak ada dah tak jual, memang frust la dibuatnya. Sampai merajuk dengan suami bila minta lontong asyik tak jumpa je.

Kebetulan semalam masa keluar dengan adik bongsu mencari barang baby dan barang untuk diri sendiri masa bersalin nanti, adik bongsu ada tanya...sepanjang mengandung ni ada rasa mengidam nak makan apa-apa tak? Terus aku cakap, dah lama nak makan lontong tapi sampai sekarang tak dapat. Adik suggest cari di satu kedai makan jenis kayu dalam kawasan kampung kami. Sedap katanya. Tapi tu la dia...pagi tadi bangun awal terus ajak suami mencari kedai makan tu, bila dah sampai tak buka pula. Aduh kecewa lagi.

Nekad terus drive ke Pasar Masjid Tanah mencari lontong, tak peduli la. Jauh pun jauh la. Tekak dah teringin sangat. Alhamdulillah kedai jual kuih muih dan menu sarapan di tepi pasar tu ada jual lontong, cukup bahan dan isi lontong pun banyak. Dia punya seronoknya dapat makan lontong tu..Allah SWT je yang tahu. Dah, dapat sekali makan dah tak sebut-sebut dah lagi lepas ni.


Bulan ni ada rezeki lebih sedikit, dapat duit bantuan kewangan khas penjawat awam, kebetulan turn dapat duit kutu di pejabat dan tabungan 52 minggu tahun 2017 dah cukup...barulah terasa nak mula beli kelengkapan baby dan kelengkapan beg untuk masuk wad bersalin nanti. Sebelum ni asyik duk survey tapi tak serius sebab rasa macam terlalu awal nak beli semua tu. Dah nak masuk usia kandungan 6 bulan ni barulah terbuka hati nak mula membeli. Lagipun memang blur ayam bila tengok checklist yang kawan-kawan TTC kongsikan, tak tahu apa yang wajib beli dan mana yang boleh diwaive beli kemudian-kemudian. Kalau keluar berdua dengan suami pun, masing-masing blur juga. Semua benda adalah first time untuk kami.


Nasib baik adik beradik banyak membantu. Ada benda kelengkapan baby dan untuk aku guna semasa berpantang yang boleh diberi terus dan dipinjamkan, ramai di kalangan adik beradik tolong. Adik beradik pun dah warning, tak payah beli baju harian baby banyak-banyak, sebab baju harian anak masing-masing boleh 'diperturunkan' pada baby A. Just beli baju nak keluar berjalan @ outing je. Mitten dan booties pun adik nak tolong jahitkan. Murah rezeki anak dalam perut ni, ada je yang mak-mak sedara nak kasi barang. Banyak dah jimat dari segi kos kat situ. Sampai cakap dengan suami, banyak yang adik beradik nak bagi sampai tak tahu nak beli apa pula.

Adik bongsu pun beri pinjam set breast pump dan cooler bag dia, cuma kena beli sendiri milk storage bottle dan milk plastic storage untuk stok susu badan nanti. Masa pergi kedai baby tu tengok harga set breast pump pun memang terkejut tengok harganya. Uii...boleh tahan la. Baby carrier pun adik bongsu pinjamkan. Suami tengok harga baby carrier yang jenis adik beli dulu tu dekat cecah RM500. Cakap dengan suami, kita kumpul lagi duit untuk beli stroller dan car seat baby bulan depan. Adik pun suruh survey-survey dulu apa model yang bagus dan sesuai dengan bajet.

6 comments:

  1. Bestnya..excited baca..hehe..Happy New Year 2018, Yani ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baru nak start membeli barang baby Fieza, walaupun ramai dok kata macam awal lagi nak shopping, kena tunggu 7 atau 8 bulan baru boleh beli. Takpe la, Yani ada alasan sendiri kenapa start beli sekarang. Selamat Tahun Baru 2018 juga untuk Fieza sekeluarga...

      Delete
  2. alhamdulillah da siap2 da...semoga dipermudahkan xlama da :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaAllah, baru membeli sedikit demi sediit barang keperluan baby dan Yani, ni pun masih ada yang belum sempat beli, dok ulang semak checklist takut tertinggal...Mama Reha dah start beli barang baby? Kita selang berapa minggu je kan bersalin nanti?

      Delete
    2. belom lg hahahaha nk g scan dulu tgk baby mohammad ke nur...hahahaha banyk guna aisyah punye ko..tinggal tambah sikit nnt...kne korek blk barang2 aisyah dulu tgk mane yg boleh hhehehehehe...tgk barang yani beli mcm kita le agak je gender baby ni heheheh..

      Delete
    3. Hehehehe....3 kali scan doktor asyik sahkan gender yang sama, jadi dah boleh lega cari baju & barang baby ikut gender tu. Jangan pulak keluar nanti dia keluar berlawanan jantina, mak dia ni gelak sambil menangis je la jawapnya.

      Delete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)