26 December 2017

Cabaran Tabung 52 Minggu 2017


26 Disember 2017.

Alhamdulillah! Dapat juga capai cabaran Tabung 52 Minggu 2017 dalam buku diari 2017 aku. Kalau tak sahut cabaran macam ni, memang kurang motivasi nak menabung secara konsisten, asyik terusik je duit lebihan gaji setiap bulan membeli macam-macam benda. Kebetulan pula, mengandung tahun ni, jadi secara tak langsung tabungan ni menjadi tabungan untuk membeli barang kelengkapan bayi awal tahun depan. Suami pun join juga cabaran ni, mengikut kemampuan gaji semasa dia, apa-apa pun masing-masing ada tanggungjawap nak menabung untuk apa tujuan sekalipun.

OK, minggu depan dah boleh mula cabaran menabung tahun 2018, mungkin akan ikut format tabungan seperti ini atau mungkin boleh google format lain...why not kan?

8 comments:

  1. Fuh... displin nau acikDa ni..
    Eh. Lupa plak nak bank in duit buku.
    Jap eh, w app mintak no akaun

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha..tak de la displin mana pun KekDa,tak paksa diri tak jalan sebenarnya cabaran menabung ni. Dah tu mengandung pulak..duit banyak nak pakai. Tu yang bersemangat sikit nak menabung...

      Delete
  2. Replies
    1. Ala, Za banyak menyimpan dalam bentuk lain...kita ni je yang dah lama tertangguh menyimpan dalam bentuk emas dinar...bila nak start balik ni? Za, nanti kita mesej Za pasal cara nak cairkan balik emas dinar eh? Nak standby duit kat tangan before bersalin tahun depan...

      Delete
  3. Replies
    1. Ada banyak contoh kalau google di internet SL, bergantung kat kita mana yang sesuai dan mampu diikuti. Ada yang menabung dari jumlah sedikit ke banyak, ada yang awal tahun menabung jumlah banyak dan hujung tahun dah makin sedikit.

      Delete
  4. tahniah yani..boleh tiru ni..nak buat ni, kena displin..hope saya konsisten nak cuba juga cabaran ni untuk 2018...

    ReplyDelete
    Replies
    1. TQ Fieza...benda ni kebetulan join sebab beli buku diari 2017, dalam tu ada lampiran cabaran menabung 52 minggu untuk 2017, tu yang Yani cuba tu...tipsnya, awal-awal tahun ni kita menabung lebih sikit dari yang disarankan dalam cabaran tu..nanti masa hujung-hujung tahun takde la terasa sangat banyak RM nak kena simpan...kalau perasan, makin dekat bulan Nov dan Dis, sebulan kena simpan hampir RM200++, banyak juga tu...

      Delete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)