17 Februari 2017.
Awal tahun haritu (10 Januari 2017) terinspirasi untuk ikut tips kewangan yang dicadangkan oleh Tuan Khairul Ezuwan (KEY) dalam status FB beliau. Baca juga info-info pasal Sijil Simpanan Premium (SSP) BSN ni di blog blogger lain. Nampak menarik dan rasa nak menyimpan dengan cara ini juga. Tapi bila sibuk dengan kerja hakiki, tertangguh niat tu sampai ke bulan Februari ini.
Sementara ada berbaki duit di tangan, ambil peluang untuk memulakan simpanan di BSN hari ini (16 Februari 2017) dengan permulaan RM200.00. Disebabkan aku tiada akaun/buku BSN, jadi proses pembelian sijil SSP seterusnya hanya boleh dilakukan melalui kaunter BSN sahaja. Hurm, it's ok. Ai like cabaran beratur dan menunggu giliran, Hehehehe....
No comments:
Post a Comment
Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)