20 February 2017

5KM Melaka Balloon Run 2017


20 Februari 2017.

Larian actual run pertama untuk bulan Februari setelah lama berhibernasi..hahaha. Teruk punya merudum mood bersenam aku ni. Sila jangan ikut. Nasib baiklah ada register untuk larian ni, kalau tak sangap la tak dapat berlari dengan crowd yang ramai. Disebabkan larian di Banda Hilir Elaka sahaja, melampau la kalau nak tidur hotel bagai....kih kih kih. Kami cuma gerak awal ke Bandar Melaka dan solat Subuh di surau berdekatan Menara Taming Sari.

Flag off larian agak lewat sedikit, jam 7.35 pagi. Dapat selesaikan 5.4KM dalam tempoh masa 51 minit lebih. Route yang agak mendaki tinggi jambatan flyover di belakang Mahkota Parade memang pancit dibuatnya. Ada accident yang melibatkan peserta larian dengan penunggang motor yang berlaku betul-betul di hadapan mata membuatkan badan mengigil dan kaki jadi lemah. Haish...tak nak fikir lagi benda ni.


Owh....urusetia larian kali ini nampak more organise dan pandai tackle perhatian peserta terutamanya semasa sesi warming up dan sesi cooling down. Memang rasa seronok bila masing-masing santai menari dan sporting ikut step fitness instructor di atas pentas.


Finisher medal actual run yang ketiga untuk tahun 2017 untuk kami berdua suami isteri. Simptom penyesalan dan maki diri sendiri waktu tengah berlari "Apasal la aku seksa diri join event ni??" memang terlintas dalam hati, tapi once sampai di finish line dan dapat finisher medal serta sijil, menonong pula ke booth untuk tengok pamplet running event untuk bulan Mac pula....bhahahaha~


On paper memang la ditulis 5KM tapi bila record dengan app Strava, jarak sebenar adalah 5.4KM.

No comments:

Post a Comment

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)