26 February 2017

10KM Berjogging Hujung Minggu


26 Februari 2017.

Sabtu Ahad yang dimulakan dengan aktiviti berjogging dengan suami di sekitar taman perumahan. Hari bekerja kebanyakkannya tak dapat berjogging sangat sebab asyik mendung dan hujan di sebelah petang. Hari Sabtu dapat la berjogging 4 KM lebih, jadi slow down sebab suami ternampak anak kucing kena buang duduk tepi tiang elektrik sorang-sorang. Terus diangkut bawa berjogging sampai ke rumah. Anak kucing betina, bagi nama Pika.


Hari Ahad pula, kami dapat berjogging sejauh 6 KM lebih, syukur Alhamdulillah! Jarang dapat berjogging lebih 5KM selain hari minggu macam ni.

P/s: Akhirnya register juga running event The Running Diva yang akan diadakan pada pertengahan bulan depan di Putrajaya. Suprise, suprise! Beranikan diri untuk register bagi kategori 10KM pula.

2 comments:

  1. saya belum try lari 10km! huwaaaa..asyik tak sempat je..masa mencemburuiku...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni pun saja-saja daftar untuk 10KM, Dr Mai. Target nak tengok badan boleh adapt tak larian lebih dari 7KM yang kami selalu buat. Lepastu, event The Running Diva di Putrajaya tu hanya ada kategori 3KM dan 10KM je...macam rasa tak berbaloi je datang jauh-jauh, sewa bilik lagi tapi masuk kategori 3KM tu...fees dia pun boleh tahan mahal, tu pun kami tak beli t-shirt rasmi dia, kami pakai balik t-shirt tahun lepas warna pink tu. :)

      Delete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)