30 Januari 2017.
Pejam celik pejam celik, dah sampai minggu terakhir bulan Januari dan juga minggu terakhir penglibatan dengan WLC. Sekejap je rasa, dah nak sebulan. Pagi ni berjogging dan briskwalking sekitar taman dengan suami, setelah hampir seminggu rehatkan badan lepas larian di Cyberjaya dan Nusajaya Sabtu lepas. Awal minggu lepas hampir beberapa hari hujan lebat mengakibatkan beberapa kawasan di Melaka banjir kilat. Rabu - Jumaat tak dapat nak berjogging sebab terlibat meeting back-to-back di luar pejabat. Hari ni nak tak nak gagahkan diri untuk bersenam juga.
Ok la nak rebiu perubahan setelah hampir sebulan bersama team WLC dan di bawah pemantauan coach:
1 - Penurunan berat badan sekitar 2-3KG. Yang paling gembira, dari angka 8 dah turun ke angka 7.
2 - Penurunan ukur lilit. Perasan bila pakai baju kot rasmi ke Putrajaya Rabu lepas. Setahun ni bila pakai kot tu memang ketat sendat terutamanya di bahagian lengan atas. Nak butang kot pun rasa ketat. Tapi Rabu lepas dah boleh pakai kot tu dengan selesa dan bahagian lengan atas dah longgar dan tak nampak 'chicken wing' aku. Suka suka suka...
3 - Seluar track yang biasa digunakan masa bersenam pun dah longgar di bahagian peha. Selalunya agak ketat dan nampak melekat kat peha.
4 - Minggu ke 3 WLC ada cabaran 5 hari eat clean dan 5 liter air sehari. Alhamdulillah berjaya commit cabaran 5 hari eat clean ( teknik masak kukus, bakar dan rebus) dan masih teruskan sampai sekarang. Amalan 5 liter air masak pun berjaya kekalkan sampai sekarang,paling sikit minum pun sekitar 4.5liter sahaja.
5 - Dah rajin buat meal prep untuk lunch terutama hari bekerja. Automatik bangun awal untuk sediakan bekal untuk breakfast (shake), snacking (buah & kekacang) dan lunch (lauk eat clean) untuk bekal kami suami isteri.
So, berbaloi atau tidak join WLC ni? InshaAllah sangat berbaloi sebab finally dapat berdiet dengan 'ilmu', ada coach pantau dan betulkan apa yang kita silap dan ada group support yang banyak membantu.
Dan, aku dah ambil keputusan untuk meneruskan WLC bulan Februari 2017 dengan coach. WLC online group coaching akan bermula pada 6 Februari sebaik sahaja coach balik dari Jakarta. Tapi yang tak bestnya cabaran WLC bulan Mac tiada sebab coach akan bercuti ke Korea dengan famili, jadi kena berdiet sendiri. Tapi inshaAllah bulan April 2017 aku berhasrat nak join group coaching semula. ;)
keep it up! :) i am happy for you!
ReplyDeleteThanks alot Dr Mai...banyak lagi kena usaha, masih belum dapat berat ideal untuk conceive... :)
Deleteinsya allah... sy lost 11kg(63 kg ke 54kg) pun ambil masa 6 bulan.Suami saya dari 103 kg ke 70kg dalam amsa setahun.
ReplyDeleteNormal kalau sebulan turun lingkungan 2 kg..memang ada masa - masa berat jadi statik, tu maksudnye kena tambah beban/kekerapan senaman...lepas tu kalau berjalan lancar, boleh dapat 2-3 kg loss semula sebulan. yang penting istiqomah... better loss slow dan maintan dari crash then naik semula pun mendadak .
typo..9kg bukan 11kg ;)hihi
ReplyDeleteBetul tu Dr Mai....turun 2.0++KG sebulan pun dah bersyukur, daripada terus naik dan naik timbangan berat tu. Bila ada group support ni, barulah lebih bersemangat dan rasa diet terpantau, kalau tak boleh kecundang di tengah jalan dibuatnya.
Delete