1 Mac 2017.
Salam Mac, semua!
Dah masuk bulan ketiga tahun 2017 kan? 88 hari lagi kita semua akan bertemu dengan bulan Ramadhan. Ya Allah, semoga ada rezeki umur bertemu bulan Ramadhan tahun ini, amin ya rabbal alamin.
Bermula bulan Januari selama dua bulan aku join WLC Online group coaching (via Whatsapp). Alhamdulillah, keputusan yang dibuat pada akhir tahun lepas rupa-rupanya tak sia-sia dan sudah menampakkan hasil positif. Biarpun penurunan yang perlahan, setakat semalam penurunan sebanyak 3.9KG, tapi aku amat bersyukur sudah keluar dari range 80KG. Banyak baju dan seluar dah boleh pakai semula dengan selesa, bermaksud ada penurunan inci. Yang paling seronok, peratus lemak dalam badan juga dah turun.
Bulan Mac ini, coaching WLC diberhentikan selama sebulan memandangkan coach akan pergi bercuti di luar negara. Tapi aku akan teruskan usaha diet sihat secara sendiri dan akan join semula WLC bagi bulan April nanti. Buat sementara ini, aku banyak bergantung kepada informasi yang didapati dari FB page coach-coach kesihatan dan rujuk semula nota-nota yang coach kongsikan dalam group whatsapp kami. Bagus juga bila setting FB Page coach-coach kesihatan sebagai "See First" sebab FB newsfeed aku dipenuhi dengan status-status diet sihat berbanding newsfeed yang merepek-repek.
Tahniah yani! Kipidap 👍🏻👍🏻💪🏻💪🏻💪🏻
ReplyDeleteBusy schedule awal bulan Mac ni ST....berat naik sikit sebab makan tak terjaga, air tak dapat commit 5L sehari dan tidur lewat...stress dibuatnya. Tengah start eat clean semula sejak semalam....
Deleteasalamuailaikum akak...saya pelajar dari UTHM. Saya ada buat kajian tentang PCOS ni, utk projek akhir tahun saya. Boleh tak saya dapatkan email atau nombor fon akak. Saya ad beberapa soalan nak tanya akak. Terima kasih
ReplyDeleteBoleh emelkan pada anida_yin[@]yahoo.com
DeleteSorry busy sepanjang minggu lepas, tak dapat nak respon.
ni email saya hanisahismail1993@gmail.com
ReplyDelete