9 Ogos 2016.
Usaha TTC kami suami isteri yang terkini selepas berehat beberapa ketika lepas bulan Ramadhan dan Syawal. Ingat lagi tak, masa berhari raya di rumah famili sebelah mertua, mak saudara suami ada cadangkan cuba minyak aromaterapi? Lepas fikir panjang, 28 Julai 2016 (23 Syawal 1437H) baru memberanikan diri berwhatsapp dengan Kak Siti. Dicadangkan mencuba set untuk suami isteri. Alhamdulillah, semalam (8 Ogos 2016), parcel sampai.
Untuk rekod peribadi, mula makan propolis malam tadi, dan mula gunakan set minyak DD pagi tadi. InshaAllah kami suami isteri usaha dahulu dengan cara ini selama 3 bulan. Usaha cara IUI kami tangguhkan buat sementara waktu, nak sihatkan luaran dan dalaman badan terlebih dahulu.
caiyok..caiyok yani..rasa ada sorang ex-ttc dulu pernah cadangkan kat saya guna minyak aromaterapi ke apa..tapi lebih kurang macam ni kot..ex-ttc tu kalau tak silap saya dapat twin lepas amalkan tu.. :)
ReplyDeleteInshaAllah...kita usaha setakat yang kita mampu. Tujuan asal Yani ni betulkan dulu masalah kitaran period yang haywire ni dan dapatkan waktu subur untuk bantu conceive.
Deletesaya penah cuba juga, tapi lambat skit effect kt saya... agaknye la, nti awak update ye
ReplyDeleteNissa, inshaAllah baru 2 hari amalkan, banyak kena pantau apa tindakbalas minyak ni pada badan kami berdua. Rasanya ni dah on standby mode menunggu period datang, nak tengok ada kesan tak pada period flow nanti.
Deletegood luck dear.
ReplyDeleterasanya saya pernah gak ikhtiar gini. tp dh lupe...
Owh, ramai juga yang dah pernah usaha cara ni ye? Yani dengan suami baru nak cuba...masa CikSue guna dulu, apa kesan kat badan? Boleh kongsikan tak?
Deletesaya pernah guna minyk DD kak siti. yang lain2 tak pernah guna. so far ok, ovulation jadi cepat. tp sekarang guna eo yl pulak.
ReplyDeleteHaaa...muncul pun Zarith! Memang nak tanya banyak benda dgn Zarith sebab kalau tak silap Zarith pernah berurusan dengan Kak Siti kan? Berurut sekali kan?
Deleteerm.. laki ida ade beli minyak aroma ni. mmg wangi kan.. mood lain macam . hihihihi.. tapi ida mcm tak rasa perubahan dkt ida . ahh sudahhh huhuhuhu
ReplyDeleteOh ye ke? Eida suami isteri beli 1 set lengkap ke? Dah lama ke amalkan? Ada kesan pada period & kesuburan tak?
DeleteSo far kesan awal pada suami, kekerapan bersama tu makin kerap, tak tahu la kesan dari air rebusan ubi jaga tu ke apa sebab Kak Siti kata ubi jaga tu untuk ghairah dan kesuburan.
salam sis, ada ape2 perubahan lepas pakai ni x sis?sy mcm bcdg nk try.
ReplyDeleteSo far, setakat ke hari ni, badan rasa lebih sihat dan cargas...cuma belum ada rezeki mengandung :) Minyak DD pun saya guna semasa "meruang" dan alhamdulillah bersih.
DeleteUntuk set minyak DD lelaki, nampak juga perubahan pada suami. Lebih bertenaga dan lain dari dulu.
Assalamualaikum sis..mcm nk try jgk la myk dd...sy pun ttc jgk mcm sis..ikhtiar nk ank jgk..tu la period x teratur kan..lgi2 skrg xthu la period ke x sbb klau time nk basuh kncing ade lendir drh..dh smiggu..sy dh pkai pad pun..first time jd cmni kan..mna tau lps cuba myk dd period tratur...sis pkai mcmna skrg?..Ade perubahan x?
DeleteAien Ijat, jawapan ttg respons badan saya kpd minyak DD masih sama di atas. Period datang tapi masih dengan cycle yg sedikit panjang. Harap dapat menjawap persoalan awak. Tak salah mencuba minyak DD ni...
DeleteTq sis batik pink..tu la..sy mcm nk mencuba..sbb period sy skrg smakin tdk teratur..drh sikit sgt dtg tp berpanjangan sy x pkai pad pun..time nk basuh kncing je bru ade sikit2 darah..sblum ni x prnh mcm ni kan....tkut jgk kalau ade pyakit ke..tp mntk jauh la smua tu..nti nk try myk dd mntk2 ok..
ReplyDelete