04 August 2016

Hutang Kaya, Hutang Miskin

4 Ogos 2016.

Dua hari lepas ada ternampak status FB Tuan Shamsuddin Kadir, perunding kewangan tentang slot beliau di Malaysia Hari Ini membincangkan isu Hutang Kaya, Hutang Miskin. Bila dah alert tentang status beliau, terus tengok semula slot berkenaan di web Tonton dan salin semula nota untuk dikongsikan di sini. Boleh rujuk nota di bawah yang aku dah siap-siap salin...


Hutang Kaya, Hutang Miskin 



Hutang Kaya 


- Hutang melalui pinjaman atau pembiayaan, tapi hidup kita semakin senang /kaya. 
- Contoh hutang kaya :- 

1) Hutang beli rumah 
- Kita berhutang untuk beli rumah, bila jual balik boleh dapat keuntungan berganda 

2) Hutang pembiayaan ASB 
- pelaburan menggunakan duit orang lain/bank 
- pastikan bank guna konsep housing loan ( kadar keuntungan dari baki) berbanding konsep personal loan 

3) Hutang melalui potongan caruman KWSP 
- gunapakai akaun 2 KWSP, sebaiknya tinggalkan baki "0" dalam akaun itu 
- gunakan duit dari akaun 2 KWSP untuk bayar hutang sedia ada 


Hutang Miskin 


- Hutang yang buat kita semakin lama semakin miskin, rasa lemas dan terbeban 
- Contoh hutang miskin: 

1) Hutang kad kredit 
- formula pelaburan : 18% 
- formula 72 : formula bila kos kita jadi berganda 
- 18% / 72/ 18 = setiap 4 tahun, hutang kad kredit akan naik sekali ganda 

2) Hutang pinjaman peribadi 
- Jangan terkeliru dengan angka 
- Ada perbezaan besar antara kadar interest housing loan (6%) dengan kadar interest personal loan (4%) 

3) Hutang kereta 
- Jika melebihi 5 tahun, jatuh dalam kategori hutang miskin 
- Kereta adalah keperluan walaupun ia adalah liabiliti 
- bank panjangkan tempoh pinjaman 7 - 9 tahun untuk memaksimakan keuntungan 
- tempoh terbaik menurut pakar kewangan untuk pinjaman kenderaan : 4 - 5 tahun 

Benchmark : Konsep posmen! Adakah kita suka tengok posmen datang? 

Kita pandang posmen sebagai: 
> Pembawa berita derita jika kita ada hutang miskin
> contoh : surat saman
> atau bila kita melalui hadapan bank, kita rasa stress walaupun kita tiada hutang dengan bank berkenaan

> Pembawa berita gembira
> kita gembira bila bertemu posmen, kita siap beri salam dan senyum
> contoh : dividen, cek dan sebagainya

Hutang baik VS Hutang jahat tak sama dengan Hutang kaya VS Hutang miskin
Contoh hutang baik : pinjaman pendidikan

Solusi : Ubah tabiat diri sendiri - Jangan menipu diri sendiri
                                                   - Ibu bapa tak sanggup cakap "tidak / tak nak" atas permintaan anak
                                                   - Tak berani jujur pada diri sendiri

No comments:

Post a Comment

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)