3 Ogos 2016.
Masa jalan-jalan beraya aritu kat rumah ex-staf pejabat, dia ada hidangkan spaghetti carbonara untuk kami. Ya Allah sedapnya...pedas tapi sedap. Sampai la ni asyik teringat-ingat. Tak boleh jadi ni..petang semalam terus google resepi untuk spaghetti carbonara ini. Banyak contoh resepi dan macam-macam pilihan bahan yang boleh digunakan. So, ambil pendekatan mix and match je la untuk kali ini untuk citarasa tekak sendiri.
Bahan-bahan:
Sepaket spaghetti
1 botol kecil prego carbonara mushroom
1 tin cendawan butang - dipotong kecil
1 kotak kecil Fresh Milk Dutch Lady
2 batang sosej - dipotong bulat
1 - 2 keping bahagian dada ayam - dipotong kecil
2 - 3 keping cheesedale
3 - 4 biji cili padi dihiris halus - aku sengaja tambah untuk rasa pedas
5 - 6 batang isi ketam - dipotong pendek
1/2 biji bawang besar - diracik halus
2 biji bawang putih - diracik halus
Sedikit lada hitam
Sedikit mixed herbs
Sedikit parsley herbs
Minyak zaitun
Garam
Cara Memasak:
1. Rebus spaghetti macam biasa dalam air yang mendidih dan yang telah diletak sedikit garam dan minyak zaitun, toskan.
2. Panaskan minyak, tumis isi ayam beberapa minit.
3. Kemudian masukkan bawang merah dan bawang putih, gaul rata dan masak sehingga kekuningan.
4. Masukkan cendawan, sosej kemudian masukkan sos prego carbonara.
5. Tuangkan susu fresh milk dan tambah air sekiranya ingin kuah yang lebih.
6. Perasakan dengan garam (jika perlu), serbuk lada hitam, mixed herb, parsley herb dan masukkan cili padi.
7. Akhir sekali masukkan isi ketam dan cheesedale dalam kuah tadi.
8. Tutup api.
No comments:
Post a Comment
Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)