15 February 2016

Wanita Hari Ini : Soalan Yang Tidak Patut Ditanya

15 Februari 2016.

Topik yang sangat menarik sebenarnya, cuma aku tak berkesempatan untuk duduk menonton keseluruhan slot sebab tengah rushing nak keluar rehat tengahari Jumaat lepas (12 Februari 2016). Hanya sempat berhenti sejenak di depan lobi yang menempatkan tv, dan snap gambar di bawah ini. Aku tahu aku masih boleh catch up topik ini once bila dah dimuatnaik dalam website Tonton.

Lepas aku muatnaik gambar dan status entri di FB tengahari Jumaat lepas, ramai juga yang 'like' status aku, menghantar komen dan tak kurang juga yang 'share' status ini. Bila tiba-tiba like naik mencanak, aku rebiu nama-nama member yang like; aku tersenyum...betul sangkaan aku. Kebanyakkan yang 'likes' adalah golongan yang ada kena mengena dengan status tersebut. Kawan-kawan yang sebaya aku dan masih belum bertemu jodoh, kawan-kawan yang dah berkahwin lama dan masih belum diberikan rezeki zuriat, tak kurang juga sahabat handai yang "memahami" perasaan golongan TTCian macam aku.

Pada sesiapa yang nak tengok semula sedutan Wanita Hari Ini ini, boleh cari di laman web Tonton di bawah tajuk "Wanita Hari Ini (2016) - Episode 30" bertarikh 12 Februari 2016.

Nanti lepas aku habiskan menonton dan mengambil nota, inshaAllah aku akn kongsikan di sini. Doakan mood aku baik dan kerajinan aku melebihi kepenatan dan kesibukan kerja aku. Heheheh....



1 comment:

  1. orang sekeliling kita mmg terlebih prihatin. Kadang orang tak minta advise pun dia terlebih rajin nak bagi advise. Susah hati dgn life kita agaknya. ;D

    ReplyDelete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)