3 Januari 2016.
Hari ketiga dengan rutin harian yang masih sama tidak berubah. Harap-harap semangat ni berkekalan lama. Apa-apa pun, Jumaat pagi adalah waktu untuk menimbang berat kami suami isteri.
1. 2 liter air masak + 2 liter air lemon
2. Berjogging dengan jarak 3.65 miles / 5.874 km gaya amatur dengan suami...hahaha. Hampir 276kcal kalori dibakar. Oklah kan dari tak bersenam langsung. Ada peningkatan dari segi jarak larian. Kami pelbagaikan jenis larian; sekejap brisk walking, sekejap berlari. Memang terasa mencurah peluh keluar dan jantung berdegup kencang. Best, best...
3. Owh ye, semalam jumpa kelapa muda dijual di depan pasar. Simpan sehari, hari ni suami tolong kopekkan, minum sejuk-sejuk. Sedapnyaaaa....
4. Breakfast overnight oats macam biasa. Tengahari makan nasi lauk ikan selar. Nasi tak bertambah, cuma ulang meratah sayur dan ikan je. Malam ni mungkin masak roti bakar je kot. (Update : Tak jadi makan roti bakar, kami suami isteri makan tauhu sumbat. Sumber protein yang terbaik.)
Yanie, maaf akk nak tanya, sori, akk tak tau nak email awk mcmana..utk TTC, yanie dah pernah ikhtiar perubatan islam seperti darussyifa dll? adik akk ikhtiar perubatan Islam alhamdulillah dapat anak slps 5 tahun kahwin.
ReplyDeleteWasalam....Yani belum pernah cuba ikhtiar cara perubatan Islam Darussyifa lagi. Salah satunya faktor lokasi. Memang ada hajat nak cuba juga rawatan alternatif selain perubatan moden/ hospital. Apa-apa akak Ainasha boleh emelkan pada Yani di anida_yin(@)yahoo(dot)com ye.....terima kasih atas concern.
Deletewow yanie dah makin kurus....
ReplyDeletecuma ppy jer masih somel...
kite suke
cayok yanie
Hahahahahhhaahha....Anim ni!!
DeletePipi tu aset Yani la. Memang tak boleh hilang.
Mana ada kurus ni Anim....susah hati badan dah naik balik ni. Tu yang mode insaf ON tu...
sedapnya tauhu sumbat.. nyum nyum :D
ReplyDeleteSedap KekDa...dua malam berturut-turut ulang makan tauhu sumbat. Suami Yani pun layan makan sama, berebut makan plak tu.
Delete