11 Januari 2016.
Selesai buat powerwalk "burn body fat 2 miles" selama setengah jam malam tadi. Dah lewat malam sangat, dapat buat 2 miles sahaja. Pagi Ahad semalam tak dapat berjogging sebab terlajak tidur lepas solat Subuh. Breakfast pun dah lepas pukul 9.00 pagi.
Petang lepas solat Asar, keluar mengemas halaman rumah dengan suami. Dapatlah dalam setengah jam duduk mencabut rumput sambil menemankan suami menyabit semak yang dah naik ke paras lutut masing-masing. Seronoklah kucing-kucing semua duduk bermain dekat kami, dah lama agaknya tak tengok tuan lepak luar rumah. Huhuhu...
Antara playlist video powerwalk yang baru dimuatturun. Kena selang selikan dengan aktiviti zumba nampak gayanya.
i dah lama x powerwalk... tadik, borak2 ngan staff opis, dorang mcm agree nak buat powerwalk ramai2 kat gym opis. hehehhe... bleh join..
ReplyDeleteWah....kalau buat powerwalk ramai-ramai lagi meriah ST. mesti tak terasa boring buat sorunk-sorunk, nak plak kalau officemate sempoi dan jenis happening.....
Delete