19 Oktober 2015.
Hari ni kami berdua dapat surat MC dari doktor masing-masing. Suami dari doktor matanya, dan aku dari doktor klinik O&G. Cerita pasal followup temujanji di klinik O&G aku akan cerita dalam entry lain.
Straight balik rumah lepas selesai urusan di Hospital Melaka. Sampai rumah dalam jam 5.45 petang, solat Asar dulu. Lepas tu terus sarung baju dan seluar sukan dan berbrisk walking dengan suami di sekitar taman perumahan. Alhamdulillah, dapat juga berbrisk walking hampir 4 km menjelang Maghrib. Yang penting berpeluh!
sana tak kuat jerebu yer.. kat sini ... nak jalan g kat keta pun dah risau rasa. teruk sesgt.. (T___T)
ReplyDeleteHari Isnin aritu ok lagi KekDa...start Selasa semalam dah jerebu teruk...memang kempunan nak exercise kat luar rumah sekarang ni....dah la sampai bulan Mac tahun depan diorunk jangka jerebu melanda negara kita...hadoiii....lemau la x dapat exercise macam ni...
Delete