3 Oktober 2015.
Haritu (beberapa bulan lepas) masa pergi holiday ke CH, kebetulan dalam proses nak cari pengganti kepada produk-produk Herbalife especially teamixnya. So, bila singgah kat Boh Tea Plantation celah bukit-bukit tu, pakat cari green tea dia. Beli la sekotak yang ada 50 teabags tu, sebagai percubaan. Kot tak kena dengan tekak, boleh la campak dalam tong sampah...hehehe.
Khasiat sama, tapi cara penyediaan dia yang leceh sikit. Kalau teamix, bancuh dengan air suhu bilik pun dah settle. Yang ni kena dok jerang air pepagi, sebab nak rendamkan teabag. Seminggu dua rajin la. Pastu terperap terus green tea ni kat rak dapur.
Ni hari ni, dok masak kat dapur pastu lalu lalang depan rak tu perasan balik kotak Boh Green Tea ni. Sayanglah pulak! Moh ler bancuh balik alang-alang stok lemon dok tergolek sakan dalam fridge umah ni. Lega perut bila minum green tea ni panas-panas suam dengan perahan lemon, keluar angin satu badan; ataih bawah keluar......hahahahahaha~
Semoga istiqamah la menghabiskan stok green tea ni. Esok-esok kalau dah habis dan teringin nak minum lagi, ada ler alasan pujuk suami nak naik CH semula....kih kih kih! Rindunyer nak balik "kampung" nun..... ;)
kita pun suka green tea letak lemon sedap! nyaman je rasa
ReplyDeleteHehehe...nasib baik otak dah ditrain untuk terima air teh hijau sejak amalkan teamix Herbalife dulu (start tahun 2012)....so, bila bertukar kepada teh brand lain pun still boleh terima tekak...
Delete