30 September 2015.
Kisah campakbelakang ni, dah tamat pun kisah antara PTPTN dengan aku (note : 23 Sept 2015). Dek kesibukan kerja, tak sempat-sempat sampai hari ini nak catatkan kisah ni dalam blog. Ikutkan lepas dapat dokumen tawaran perjanjian pertukaran ujrah tu, aku ada la sembang-sembang pasal isu PTPTN dalam WA adik beradik dan pelanjutan tempoh bayaran balik pinjaman dari 5 tahun lebih kepada 10 tahun lepas sign ujrah nanti.
Dok sembang, salah seorang dari kakak-kakak aku private WA aku dan tawarkan diri untuk lunaskan hutang PTPTN dan bayar balik pada dia tanpa apa-apa interest. Aku minta masa untuk fikirkan dan bincang balik dengan suami pro dan con tawaran tu. Alhamdulillah, lepas berbincang dan lepas siap-siap buat pengiraan berdasarkan kemampuan kewangan semasa, aku bersetuju untuk terima tawaran kakak.
Ikutkan setiap bulan aku bayar RM200 ke akaun PTPTN, sebab ingatkan kalau tukar kepada ujrah aku kena bayar lebih dari jumlah tu (my bad!). Bila datang sendiri PTPTN dan berbincang, rupa-rupanya kadar bayaran lepas ujrah jauh lebih rendah dari jangkaan aku (RM123.72/bulan), cuma tempoh masa dragged jadi 10 tahun la. Jadi aku plan nak bayar RM250 untuk cepatkan tempoh habis bayaran pinjaman ujrah tu (selesai lebih awal dari 10 tahun tu). Ini perancangan kalau aku jadi bertukar kepada ujrah, which is now tak jadi for a good reason.
Bila aku decide nak ambil offer kakak aku.....kira punye kira, finally aku bersetuju nak bayar balik setiap bulan pada kakak aku sebanyak RM300 untuk tempoh masa lebih kurang 4 tahun. Ini pun lepas ambil kira setiap tahun ada kenaikan tangga gaji, jadi aku rasa inshaAllah tak ada masalah untuk tolak tepi jumlah tu. Dan, kalau ada rezeki lebih (bonus ke apa ke), aku bayar lebih dari RM300 tu....inshaAllah!
Jadi, kat bawah ni aku catatkan kronologi penutup kisah PTPTN aku:
07.09.2015 - Dokumen tawaran perjanjian pertukaran ujrah diterima.
15.09.2015 - Auto debit jumlah baki pinjaman dari Bank Islam ke akaun PTPTN. Ambil resit bukti pemindahan duit dari KakTeh waktu tengahari dan lepas tu ke PTPTN cawangan MITC, Ayer Keroh.
18.09.2015 - Transaksi dari Bank Islam ke akaun PTPTN 'clear'.
23.09.2015 - Surat Pelepasan Pembiayaan Pendidikan PTPTN dikeluarkan. Aku terima melalui emel rasmi.
Ikutkan pegawai PTPTN maklumkan antara satu proses ke satu proses memakan masa yang lama, contohnya:
1. Untuk clear transaction dari bank kepada PTPTN : Makan masa 2 minggu.
2. Untuk dapat surat pelepasan pembiayaan ptptn : Kena tunggu dalam tempoh 2 bulan. Kalau tiada maklumbalas, kena roger PTPTN HQ.
3. Untuk clear status dari CCRIS : Lepas surat pelepasan dapat, kena tunggu 6 bulan untuk clear rekod kita dari database CCRIS.
Tapi......!!
Alhamdulillah staf PTPTN cekap buat kerja, jadi 2 proses di atas tu selesai awal dari tempoh yang dimaklumkan. 3 hari je transaction dah clear (aku semak setiap hari dalam PTPTN Anjung untuk tengok status dah dikemaskini ke tidak), lepas tu aku call PTPTN Melaka cawangan MITC, Ayer Keroh bagitau. 5 hari lepas tu, surat pelepasan dah dikeluarkan. Bagus kan?
P/s: Dah start bayar balik pada kakak mulai gaji bulan Oktober 2015. Yeay! Alhamdulillah.... ;) Tak sabar nak habiskan bayar hutang PTPTN dan kereta, boleh kumpul duit untuk benda lain pula...
Wah..tahniah dah settle bayar PTPTN akhirnya.. nanti dapat rebate 20% kan sbb bayar penuh... best... best.. :)
ReplyDeleteTak dapek KekDa....huhuhu!
DeletePromosi 20% rebate tu dah berakhir awal tahun 2015 aritu, Yani lambat sikit je...
Dah settle dengan PTPTN, skrg ngadap hutang dengan kakak plak..."ahlong islamik" konsepnye, tak de riba'..kih kih kih
wah seronoknya ada orang tolong bayarkan lump sum. baik sangat kakak yani.
ReplyDeleteSaya dah lama dah tukar ke ujrah. Every month klu ada rezeki lebih, akan bayar extra. Sikit lagi nak abis.
Alhamdulillah Zarith...kadang2 rezeki tak terjangka datang bergolek. Lega sikit hati Yani...inshaAllah harap2 Allah SWT kurniakan tubuh badan yg sihat untuk bekerja dan lunaskan hutang2 yg ada.
Deletemoga murah rezeki kakak yani tu...baiknya dia nak tolong settlekn dulu utang adiknya...
ReplyDeleteAmin ya rabbal alamin....kakak2 Yani banyak menolong antara adik beradik. Syukur bila ada yg volunteer nak menolong apa yg kurang...Yani pun tak sangka dok sembang2 biasa dlm WA terus dpt bantuan mcm ni.
Delete