4 Mei 2015.
Semalam set masa dengan adik beradik dan ipar duai untuk buat aktiviti main bowling dan berkumpul makan-makan di rumah Alang. Janji Melayu, biasa ler...janji berkumpul jam 10.00 pagi tapi pukul 11.00 baru start main bowling. Huhuhu....main dua game je lepas tu masing-masing dah kelaparan.
Singgah makan tengahari di rumah Kak Lang, masing-masing bawa lauk tambahan beli di luar. Aku tambah ayam goreng berempah, lauk masak lemak pisang dan sambal paru kacang panjang. Alang dah masak lauk gulai masam tempoyak ikan tenggiri, sambal itam pahang, sambal belacan kuinin, ayam goreng dan sayur kubis. Makan beramai-ramai macam ni memang seronok. Macam-macam borak sampai ke petang.
Anak-anak buah pun leka bermain jingsaw puzzle. Suami pun dok melayan anak-anak buah, huhuhu....
seronoknya main bowling...i leh addicted tau ngan bowling ni...
ReplyDeleteYani main bowling lawan dengan dua org pemian bowling peringkat Universiti ni mmg tak boleh lawan la....diaorunk jatuhkan pin ratus2, Yani seratus pun x sampai, ke longkang je banyak...huhuhuhu
Deleteofis akk slalu buat main boling nih..tp akk tak pernah main.. heh! rasa macam tak reti ja..
ReplyDeleteSep! Kita boleh jadi 1 team KekDa, team underdog kaedahnyer....asyik le ke longkang je bola tu masuk...
Delete