4 Mei 2015.
Pergi pasar semalam, beli barang-barang dapur dan sayur, huish rindunyer nak makan sayur. Dah boring asyik masak sayur jenis sup je. Alang-alang singgah bahagian sayur, beli sekali tauhu goreng untuk buat tauhu sumbat.
Bahan-bahan:
4 keping tauhu goreng
Sedikit lobak - dihiris
Sedikit timun - dihiris
3-4 batang cili merah
1 biji bawang putih
1 1/2 cawan air
2 sudu gula pasir
Sedikit garam
1 keping asam keping
Sedikit cukup rasa
Sedikit tepung jagung
Cara Membuat:
1. Celur dulu tauhu goreng, kemudian bila dah sejuk sedikit belah dua dan potong tengah.
2. Hiris cili merah dan bawang putih.
3. Satukan semua bahan hiris, air, gula dan tepung jagung ke dalam blender dan kemudian blend rata.
4. Keluarkan bahan kisar dan masukkan dalam periuk. Masak dengan api sederhana.
5. Masukkan perasa, garam dan asam keping.
6. Bila nampak kuah dah pekat, tutup api.
7. Celur sekejap hirisan lobak dan timun, kemudian sumbatkan dalam tauhu goreng yang dah siap celur.
Akk suka makan ngan kuah kacang kalau tauhu sumbat ni. Tp tak reti nak buat plak kuah tu. selalu failed. Nyampah!
ReplyDeleteKuah kacang eh KekDa? Boleh dicuba, tapi 1st thing first...kena google dulu resepi kat Google.....arwah Mak tak tulis plak resepi kuah kacang dalam buku biru arwah dulu....
Delete