29 April 2015.
Semalam ada sebut pasal buku berkaitan diet diabetik, dan Sweet Tooth pun ada minta kongsikan menu sihat diet diabetik ni. Kalau nak ikut bulat-bulat menu dalam buku tu, macam biasa la...resepi orang barat. Ada yang kena dengan tekak kita, ada yang bahannya susah nak jumpa ataupun agak mahal.
Alhamdulillah, nasib baik masih simpan lagi majalah RAPI keluaran bulan 1 Mac 2014 yang ada selitkan menu diet untuk pesakit diabetes. Untuk gambar yang lebih besar dan jelas, sila klik pada imej ye!
Kalau rujuk pada menu tu, kalau perasan la...nasi putih digantikan dengan nasi beras perang atau brown rice. Dari beberapa tahun lepas nak cuba bertukar dari beli beras biasa kepada beras perang, asyik bertangguh je. Antara lain, ada kawan yang cakap nilai kalori beras perang dan beras biasa lebih kurang je, tak banyak beza pun. Tapi tu la, dari segi kesihatan PCOS macam aku memang banyak manfaatnya. Satu lagi kena convince suami untuk makan sama nasi beras perang ni slowly, kalau tak payah juga nak kena jerang sampai 2 jenis nasi.
TQ yani! elok ada menu seminggu...skang ni serabut pikir nak masak apa la hari ni...hari2 pikir cm tu... ada ni senang nk plan menu...
ReplyDeleteST, jelas tak imej yang Yani letak tu? Takut mcm pecah pixel dia. Kalau tak ok, Yani boleh emelkan....
DeleteYani tau dak, lps akk buat laps tu ari, akk beli brown rice ni. pastu kan tak lalu. pastu kan, smpai la ni ada kt umah. dah la mahal, tak abis plak.. haih (T___T).
ReplyDeleteBut now, kami consume beras basmathi.. hidup 2 orang buleh la kan.. huhu
Beras basmathi tu elok untuk diabetic person tak KekDa? Ingat nak cuba juga kalau lebih mudah makan dari beras perang..
Delete