3 Jun 2014.
Kali terakhir timbang dengan penimbang Tanita kawan Herbalife boleh rujuk entri kat bawah:
Dah lama kan? Masa tu berat badan (18 April 2014), adalah sebanyak 62.9kg. Timbang hari ni (3 Jun 2014), berat badan naik jadi 63.3kg...syabas!
Semua naik, body fat percentage pun naik dengan jayanya. Total Body Water (TBW) turun balik. Haishh....Memang sah-sah la turun sebab lemak dalam badan naik. Konsepnya senang je, lebih banyak lemak dalam badan dibakar, lebih tinggi TBW akan naik untuk bantu tingkatkan kadar metabolisma badan.
Petikan artikel dalam Majalah RAPI 1 Mei 2014
Arghh......tensi...tensi....
Aku bukan setakat berhenti bersenam selama dua minggu, dah lebih sebulan tak bersenam dalam erti kata sebenar. Dok bagi alasan baru lepas operate, kena jaga luka dan tak boleh buat aktiviti berat-berat. Terus tak usik langsung dumbel, sampai berhabuk bersawang bawah ampaian baju dalam bilik. Pemakanan pun tak kawal, banyak naw hari buat cheat day, asyik la bagi alasan kat diri sendiri....hari ni makan lebih sedikit, esok cover balik diet sihat / shake...nan hado! Niat dalam hati balik kerja lepas dinner shake nak angkat dumbel atau buat powerwalk tapi tak juga buat. Konon gantikan dengan aktiviti mengemas dapur, basuh baju dan lain-lain...tapi kalau dah duduk dapur, confirm ada je benda nak kunyah-kunyah.
Dua tiga hari ini, masa naik tangga dari tempat parkir kereta ke pejabat, pergelangan kaki/ buku lali rasa sengal. Nampak naw berat badan dah tak boleh tampung dan stamina dah merundum. Itu pun tak nak sedar-sedar diri.....aarrgghhh!!
Kena diet balik...kena diet balik....!
sama la..aritu lame tinggal senam..nak start buat jillian semula dah tegeliat urat..hahaha...btw..bestnya dah jumpe nombor 6..
ReplyDeleteMTB....angka tu dok statik dari bulan Ramadhan tahun 2013 sampai la sekarang ni....belum tercapai lagi impian hati nak tengok angka 5...sehari sebelum raya tahun 2013, berat paling rendah Yani pernah capai adalah 61.9kg...sampai skrg tak dpt nak jumpa lagi angka tu...hmmm..
Deletehahahah...sue pun sama.. nant sue buat entry..merundum habis :P
ReplyDeleteHeheh..jgn lupa buat entri ye Sue....boleh kongsi cerita.... :)
Delete