3 Jun 2014.
Hari Sabtu Ahad je la kami suami isteri ada masa untuk mengemas kawasan halaman rumah mak bersama-sama. Kalau nak harap hari bekerja Isnin sampai Jumaat, masing-masing keluar kerja pagi, dah gelap maghrib baru sampai depan pintu rumah. Masa arwah mak masih ada, mak dan bibik rajin menanam macam-macam jenis pokok bunga dan pokok buah-buahan. Mak duduk atas wheelchair, beri arahan pada bibik nak tanam apa, nak alih pasu ke mana...semua benda berkaitan penjagaan taman mak buat berdua dengan bibik Siti.
Arwah mak dulu siap pesan, kalau arwah dah tiada nanti, tolong jaga pokok-pokok di sekitar halaman rumah tu. Masa tu, aku acuh tak acuh je dengan kata-kata arwah mak. Lepas arwah mak meninggal, memang bibik take over tugas-tugas jaga taman arwah mak. Bila Bibik Siti kena hantar balik ke Indonesia semula, tanggungjawab jaga semua pokok-pokok mak, aku dan suami la kena take over.
Kelmarin, tengok pokok-pokok ubi mak dah tinggi melangit merimbunnya. Bibik Siti pun ada pesan, ubi kayu tu dah besar dan boleh dicabut bila-bila masa je. Suami aku dok tebas semua pokok ubi tu dan cabut ubi kayu. Aku rimas jugak tengok pokok ubi tu dah meninggi sebab takut ada orang boleh bersembunyi kat area belakang dapur. Mana ler kita tahukan?....Makin paranoid bila seminggu dua lepas ada dengar berita rumah jiran belakang lorong rumah dimasuki pencuri. Nasib baik masa tu mereka sekeluarga tiada di rumah dan ke KL.
Lepas cabut, kita tanam balik ye?
Kang kosong melapang je tanah tu....nanti next batch pokok ubi kayu ni, boleh ambik pucuk ubi yang muda-muda, nak buat lauk pucuk ubi petai masak lemak taucu, favourite arwah mak. Alhamdulillah, semua daun-daun yang perlu ada dalam menu pucuk ubi petai masak lemak taucu tu arwah mak ada tanam kat sekitar pokok ubi tu, tunggu nak petik je time nak masak nanti. Resepi : Pucuk Ubi Petai Masak Lemak Taucu
Dah gatal-gatal cabut semua ubi kayu, tak tahu nak buat apa. Last-last cuba buat kerepek ubi sira pedas manis tu. Resepi google kat internet. Hehehe....Alhamdulillah menjadi.
Jenuh nak menghabiskan semua ubi kayu kat dapur tu buat kerepek ubi. Satu kerja pulak, setiap malam dok kopek 2-3 bongkah ubi kayu, sagat untuk buat kerepek. Bila nak habis daa~ Hahaha....nasib-nasib!
rajinnye yaniiii....pastu asik wat org terliur je ni.hehe.umah katne?nak gi.nak makan :p
ReplyDeleteNi bukan rajin Iya..ni namanya terpaksa sebab gatal2 cabut semua ubi kayu mak...dah tak pasal-pasal kena sagat semua sebab sayang kalau dia busuk nanti. Rumah kat Melaka...meh meh... :)
DeleteSedapnya nampak,.mesti best makan yg fresh kan..Yani sgt rajin,akak pun berdua je tapi tak de pencapaian apa2 pun..haha
ReplyDeleteBest tu memang best Kak Nuriz, tapi bila dah letih dok sagat dan buat sira pedas manis kat dapur, nak makan pun dah malas. Nasib baik ada tukang makan kat rumah (hubby ler)....tahu-tahu je dah 1/2 bekas je tinggal...
Deletenyum2...nampak sedap kerepek ubi pedas tu.....:P
ReplyDeleteNampak sedap tapi kena improvise lagi....tgh cari petua nak buat dia berkilat2 dan melekat macam org biasa buat dan jual tu... :)
DeleteBoleh jual dah ni yani...my feberettt...hihihi
ReplyDeleteErk...belum lepas piawaian adik beradik lagi ni....dulu kalau arwah mak ada, mak jadi juri tetap tukang komen apa yg terlebih terkurang dalam masakan kami adik beradik....
DeleteSetakat buat makan-makan sendiri, lepas la kot? Huhuhu...