4 Jun 2014.
Gadis hampir 2 tahun tak datang haid
Gadis hampir 2 tahun tak datang haid
Saya berusia 19 tahun dan mengalami masalah haid. Saya masih bujang, tidak pernah melakukan hubungan kelamin serta mempunyai bacaan indeks jisim tubuh (BMI) berat badan berlebihan.
Saya tidak datang haid sejak pertengahan 2012 dan pelbagai cara dilakukan untuk merawat masalah ini dari segi tradisional hinggalah bertemu pakar perubatan. Namun jawapan yang diberikan ketika itu hanyalah hormon tidak stabil dan tiada sebarang ubat diberikan.
Sehingga Mei 2014, saya masih tidak didatangi haid. Sejak akhir-akhir ini, bahagian ari-ari terasa sakit dan faraj mengalami kegatalan yang keterlaluan.
Apakah yang harus saya lakukan kerana saya takut ia akan memberi kesan pada masa depan? Saya agak buntu untuk menyelesaikan masalah ini.
Wa,
Perlis
Kitaran haid lazimnya dikawal dua hormon utama dari ovari iaitu estrogen dan progesteron. Estrogen membentuk lapisan haid (endometrium) manakala progesteron pula mematangkan lapisan itu. Pematangan ini penting untuk menurunkan haid sekiranya telur tidak disenyawakan oleh sperma.
Wanita yang mempunyai masalah kesuburan ovari tidak menghasilkan telur matang. Ini menyebabkan kurang penghasilan hormon estrogen dan tiada pula penghasilan hormon progesteron oleh ovari. Inilah yang diterangkan kepada anda sebelum ini.
Bagi kes seperti anda, pemberian ubat mengandungi hormon menyerupai progesteron dapat menurunkan haid. Bagi wanita yang ketiadaan pengeluaran telur, ia akan kelihatan seolah-olah wanita itu terpaksa bergantung kepada pil hormon ini untuk menurunkan haid.
Rawatan asas adalah untuk membesarkan telur supaya ia boleh matang dan keluar (ovulasi) bagi melengkapkan kitaran haid. Bagi kumpulan wanita yang menginginkan anak, pemberian ubat subur dalam jenis dan dos bersesuaian dapat menjayakannya. Tetapi ubat ini mungkin kurang sesuai untuk wanita yang belum berkahwin.
Satu lagi cara adalah menurunkan berat badan. Walaupun sukar diamalkan, menurunkan berat badan kepada tahap ideal lazimnya dapat mengembalikan ovulasi dan seterusnya mengembalikan aturan kitaran haid wanita. Buat permulaan, anda boleh mencuba menurunkan sebanyak lima peratus saja daripada berat badan sekarang. Ini kerana, dalam sekumpulan kecil kes, menurunkan berat badan sekecil ini dapat mengembalikan kitaran haid dan seterusnya kesuburan.
Anda juga mungkin mengalami jangkitan kemaluan yang lazimnya berada di dalam faraj. Ia mudah dirawat. Bagaimanapun, bagi wanita yang mempunyai berat badan berlebihan, jangkitan ini lebih mudah berlaku.
Petikan artikel dalam Majalah RAPI 1 Mei 2014
Komen Aku : Kes budak perempuan ni sama macam kes aku sebelum ini. Simptom yang sama; obes, period tidak teratur dan ada jangkitan yis/kuman pada bahagian intim.
Cadangan doktor kat atas tu pun ada kebenarannya. Masa aku buat rawatan di GH Melaka dulu, nasihat yang sama juga aku terima. Kena turunkan berat badan sekurang-kurangnya lima peratus daripada berat badan semasa untuk betulkan kitaran period dan bantu proses ovulasi. Hampir setahun lebih berusaha menurunkan berat badan dengan bantuan Herbalife, aku dah berjaya turunkan sebanyak 17.3kg, hampir 22% dari berat asal; 80.6kg dulu.
Walaupun ini bukan berat badan ideal untuk ketinggian aku, sekurang-kurangnya aku dah berjaya keluar dari stigma dileterkan oleh doktor OnG tentang berat badan aku yang asyik naik dan naik setiap kali temujanji dengan klinik OnG GH Melaka tu. Alhamdulillah, sejak bulan September 2013 kitaran period aku datang setiap bulan tanpa bantuan sebarang ubat hormon dan pil turun darah.
Ambil asid folik sebulan sebelum hamil
Saya ingin tahu mengenai pengambilan asid folik. Ia difahamkan baik untuk wanita hamil dan persediaan untuk hamil.
Tetapi adakah sebarang jumlah maksimum untuk kandungan pil asid folik yang perlu diambil seseorang itu? Adakah sebarang kesan sampingan jika seseorang terlebih mengambil asid folik?
Rahmah,
Johor Bahru, Johor
Dos minimum asid folik bagi wanita yang ingin hamil adalah 400 mikrogram atau mcg (0.4miligram atau mg). Terdapat dua jenis persediaan pil asid folik; sama ada 400 mikrogram (0.4mg) ataupun 5mg.
Selain itu, asid folik juga ada terdapat dalam kandungan multivitamin dalam dos berbeza yang lazimnya kurang daripada dos minimum 400 mcg yang diperlukan itu.
Memandangkan asid folik bersifat larut air, kandungan berlebihan lazimnya akan dibuang melalui air kencing. Mengambil dos 5mg itu sememangnya berlebihan tetapi masih tidak mendatangkan mudarat. Saya tidak pasti sama ada mengambil dos lebih daripada itu mendatangkan masalah serta mengapa perlu mengambul dos lebih daripada 5mg.
Pengambilan asid folik hendaklah dimulakan apabila wanita berhasrat untuk hamil kerana ia seelok-eloknya diambil sekurang-kurangnya sebulan sebelum hamil, malah sekurang-kurangnya tiga bulan sebelum hamil bagi wanita yang bayinya pernah mengalami kecacatan sistem saraf tunjang (tiub neural). Untuk dewasa juga, asid folik elok untuk kesihatan.
Komen Aku : Lepas baca artikel kat atas ni, aku terfikir balik, kenapa aku stop makan asid folik aka Obimin haritu erk? Buka balik entri lama, baru aku teringat apa alasan utama aku berhenti makan asid folik dalam Obimin.
Untuk rekod, aku berhenti sekejap dari mengambil supplemen Obimin semenjak 23 September 2013, untuk beri laluan kepada supplemen Surbex Zinc atas faktor dalam Surbex Zinc pun ada asid folik. Maksudnya aku masih consume asid folik la... :)
as salam batik_pink...saya baru terbace blog awak..tgk dari usaha awak untuk mengandung sgt menarik perhatian sy...sy sangat kagum..kalau xsalah usia perkahwinan kita pun lebih kurang sama..3 tahun 5bulan..tp pada may 2012 sy telah mengandung...tp pd Oct 2012 baby sy meninggal dalam perut..sehingga skrg sy masih mencuba..tp belom lagi mempunyai rezki..Bulan 3 yg lps sy ade pergi ke HUKM tuk menjalani ujian HSG,..tp br ambil tarikh temujanji sy terpaksa kuburkan hasrat sy..kerana ujian yg perlu dilakukan amatlah byk kali..memerlukan sy pergi sehingga 6 kali..jd sy masih mencuba lg..sama seperti awak..ubat ubatan traditional , moden juge urutan traditional juga sy sudah lakukan...
ReplyDeleteWasalam Sue...usaha untuk conceive Yani ni tidaklah se'advance' rakan TTC yang lain, bak kata orang...masih bertatih. Masih banyak kekurangan dan belum semua rawatan kesuburan yang Yani lalui lagi. Takziah kepada Sue, inshaAllah semoga Allah gantikan kehilangan Sue dengan rezeki zuriat tidak lama lagi.
DeleteYani ni dah hampir 2 tahun fokus kepada rawatan moden, urutan tradisional terpaksa diberhentikan dahulu (waktu obes). Sekarang baru nak mula semula cari orang untuk berurut peranakan.
InshaAllah, jangan jemu berusaha Sue....Allah uji kita semua bersebab, Allah sayang sangat pada kita.
oooo
ReplyDeletememang belom kawen dah period x regular yer.....
Alhamdulillah sekarag period yanie dah okey kan...
anim pown nak kuat semangat mcm yanie jugak lah nak turunkan berat badan...
supaya period anim kembali okey....
Anim, memang dari sebelum kawin Yani ni period tak teratur, pernah 2 kali sahaja period dalam setahun (tahun 2009 kalau tak silap). Alhamdulillah.....berkat usaha dan doa padaNya, kitaran period kembali normal. Sekarang nak fokus pada usaha TTC.
DeleteInshaAllah Anim, kalau berusaha inshaAllah Allah lihat kesungguhan kita....Anim tak cerita lagi hasil HSG Anim aritu?
Gynea akak kata,semua wanita yang belum putus haid sepatutnya makan asid folik..: )
ReplyDeleteGood info Kak Nuriz...thanks alot!
DeleteSelain asid folik, EPO pun elok sebenarnya, untuk bantu kita lalui waktu PMS dan menoupause dengan lancar.
Yes btul tu sis....sy el dari melaka bru kawen 1 tahun 6 bulan ...pernah sy x period 2 tahun ..dh jupa pkar doc ckp msalah hormon n kuruskan bdn...so skunk sy amalkan asid folic DAN amalkan mkn vitamin EPO 500 mg....Alhamdulillah skunk haid sy lancar....n then tgh merancang tok hamil...doakan sy ye kawan2
DeleteAdeh.... i slalu skip folic asid n multivitamin lately ni... semua nak kena buat reminder kat phone baru nak jalan... huhuhuhu....
ReplyDeleteST...Yani ni kerja setiap selang sehari jadi tukang refill bekas ubat kami suami isteri. Suami kadang2 lupa nak refill....nak jalan2 ke mana2 memang jadi amalan pastikan bekas ubat bawa sama....
DeleteYani L amik 5mcg pagi 5 mcg malam tu kire berlebihan la ye? L amik dgn 1 vit B .. pagi n malam. EPO ambil dari CD1 - CD15 (1000mg pagi 1000mg mlm). Xtau la cara pengambilan ni betul ke x.
ReplyDeleteL, kalau ikutkan kata Dr Adilah kat atas tu, tak ada masalah untuk consume asid folik dengan sukatan macam tu, sebab akan keluar juga melalui air kencing kita. Kena try and error untuk tengok serasi atau tidak dengan badan kita.
Deletesalam
ReplyDeletenak tanya makan asid folic mase datang haid boleh tak? saya pon piyed tak teratur tp sejak makan asid folic appeton...alhamdulillah...
tpi musykil je boleh ke tak makan mase piyed ek
Kalau ikut pengalaman saya, tiada masalah untuk amalkan asid folik semasa dtg haid.
DeletePerempuan yg period teratur dan belom berkahwin boleh mkn ke acid folic? Then berhasrat utk kawin 6 bln lg.
ReplyDeleteBoleh, tak ada masalah. Asid folik meningkatkan potensi untuk hamil dengan selamat.
Deletetumpang tanya, Saya sudah berkawin da setahun. dan belum mempunyai anak dan belum hamil. saya baru 2hari mengamal kan folik acid BP 5mg.. adaka ia mempunyai sebarang kesan merbahaya kerna saya amalkan acid folik 5mg??
ReplyDeleteTiada masalah. Kandungan berlebihan lazimnya akan dibuang melalui air kencing.
DeleteAdaka suami saya kena amalkan juga? sebab kami sedang merancang untuk mendapat kan zuriat..
DeleteAsid folik boleh diamalkan oleh lelaki/suami especially yang mempunyai masalah kualiti sperma yang rendah.
DeleteSaya da amalkan acid folic da 3 bulan . Tapi masih tiada rezeki utk hamil . Boleh ke saya terus amalkan acid folic utk tiga bulan lagi ?
Deleteboleh je amalkan asid folik sepanjang usaha kita nak conceive. memang digalakkan.
DeleteAssalamualaikum. Sy nak tanya sy consume folid acid 2bulan lebih, sebelom ni period saya teratur setiap bulan xpernah lewat. Tp since sy mkn folid ni xpernah dtg period normal lagi. Cth kitaran period sy 24hb setiap bulan, bulan 2 sy xdtg period, lewat pd 3/3 ade brown spotting 11hari then check doc buat scan empty uterus. Doc nasihat tgu next cycle sy 24hb tp masih jgk xdtg. Check upt negative. Boleh sy tahu adakah sbb folid sy xdtg period selama 2bulan atau sebab lain. Saya dah risau. Terima kasih
ReplyDeletesorry lambat reply. kena tengok juga jika kesan lewat period tu dari pengambilan ubat lain selain asid folik. Kebiasaannya asid folik tak ganggu kitaran hadi, dia cuma bantu suburkan rahim dan persediaan untuk mengandung.
Deletesama dengan sy....makan acid forlic period trus x teratur....skg ni dh 2 bln x period bila check upt negatif.....blh sy tahu sebab apa ye.....
DeleteBoleh rujuk dengan doktor sakit puan di klinik/hospital...doktor akan ambil medical history kita dan akan track balik apa supplemen / ubat yang kita sedang makan dan sekiranya supplemen/ubat tu memberi kesan seperti yg awak nyatakan di atas.
DeleteSama . Saya pun lepas amalkan period tak teratur . Saya lewat 11 ari . Pastu bru period
ReplyDeleteKena tengok juga jika kesan lewat period tu dari pengambilan ubat lain selain asid folik. Kebiasaannya asid folik tak ganggu kitaran hadi, dia cuma bantu suburkan rahim dan persediaan untuk mengandung.
Deletesy nk tanya...sy ada makan acid forlic...biasa sy period normal...bila start makan acid forlic period terus x period..skg dh nk masuk 2 bln x period..boleh sy tahu sebab apa ye..memang makan asid forlic blh jad macam tu ke???
ReplyDeleteKena rujuk dengan doktor...saya tak berani nak beri pendapat sebab lain badan lain reaksi dgn asid folik.
DeleteAsmkm sis .... elly nk tya ... adakah folid acid mengemukkan???
ReplyDeletetidak :)
Delete