30 Mei 2014.
Entri terdahulu : Kenduri 40 Hari Dan Doa Selamat
Malam tadi, kami berlima adik beradik buat majlis tahlil dan bacaan Yasin beserta doa selamat untuk Kak Yong Liyana (anak buah paling besar) di rumah mak. Alhamdulillah kali ini Kak Long yang duduk di Puncak Alam, Selangor dapat turut serta balik ke Melaka. Cuma Bangah aku seorang yang duduk jauh nun di Kedah sahaja yang tak dapat turut serta.
Disebabkan kebanyakkan kami bekerja semalam, dan cuma Kak Long jer yang bercuti dua hari, kami hanya memasak lauk pauk yang ringkas sahaja. Lauk yang ringkas, tapi bila makan beramai-ramai meriah rasanya.
Kebetulan pula, kami berkumpul bersama-sama pada hari genap dua (2) bulan arwah mak meninggal dunia. InshaAllah, semoga Allah SWT permudahkan urusan arwah mak dan abah di sana. Hanya doa dan perbuatan baik sahaja yang dapat kami anak-anak mak dan abah sedekahkan kepada mereka.
Kebetulan pula, kami berkumpul bersama-sama pada hari genap dua (2) bulan arwah mak meninggal dunia. InshaAllah, semoga Allah SWT permudahkan urusan arwah mak dan abah di sana. Hanya doa dan perbuatan baik sahaja yang dapat kami anak-anak mak dan abah sedekahkan kepada mereka.
seronok dapat kumpul ramai-ramai adik beradik makan-makan dan berdoa selamat sesama. lauk tak penting, yang penting ukhwah tu sentiasa terjalin.
ReplyDeleteZura, kami adik beradik masing-masing kalau boleh nak masak lauk yang jadi lauk favourite arwah mak. Bila masing-masing tunjuk skil, beri semua adik beradik lain rasa...bandingkan sama original tak macam arwah mak masak.....tak pernah yang dapat se'perfect' lauk arwah mak! Masa ni la terasa rugi tak belajar betul2 dengan arwah mak dulu kat dapur....
DeleteSuka tengok family Yani,bersatu hati gitu.arwah mesti gembira dengan silaturrahim ini..
ReplyDeleteKak Nuriz, to be honest before arwah mak meninggal kami adik beradik takde la serajin ini untuk berkumpul buat aktiviti yang sama macam ni....masing2 sibuk dan duduk jauh. Cuma ada hikmah bila arwah mak jadikan rumah yg Yani duduk sekarang sebagai rumah pusaka (nama atas kami 6 beradik, tak dinamakan pada salah seorang sahaja dari kami) ...mungkin arwah mak nak kami sentiasa berkumpul agar ikatan kekeluargaan tak putus. Kena ade seorang dua dari adik beradik yang rajin buat gathering....
Delete