29 May 2014

Belajar Untuk Redha

 

29 Mei 2014.

2 bulan.
29 Mac 2014 - 29 Mei 2014.

Tengahari tadi, masa makan tengahari dengan suami, aku cakap...."Dah dua bulan arwah mak tiada"
Masing-masing terdiam lepas tu. Layan perasaan masing-masing.
Suami gosok-gosok belakang badan aku, cuba pujuk "Tak apa sayang....kita kena redha sayang..."

Dua perasaan yang bersarang dalam hati kecil aku; masih mengharap dan cuba redha.
Bila melayan perasaan sunyi dan sebak, perasaan masih mengharap datang menjelma. Masih mengharap 'kalaulah' arwah mak masih ada. Aku akan masih dengan aktiviti yang sama; setiap hari Sabtu hantar mak ke pusat dialisis, pergi ke pasar dengan senarai barangan dapur yang mak tulis atas kertas, masih singgah ke kedai selepas waktu kerja untuk beli barang-barang yang mak pesan (telefon) masa aku tengah kerja. Semua perkara yang ada sentuhan mak di dalamnya.

Bukan aku tak redha mak pergi. Bukan.
Cuma aku rasa belum puas berbakti pada mak.
Masih banyak yang aku tak dapat nak berikan pada mak.
Tapi bila emosi aku kembali stabil dan boleh fikir secara rasional, aku tahu Allah SWT ada perancangan yang lebih baik untuk mak.

Aku terfikir,
Kalaulah mak masih hidup lepas dimasukkan ke CCU, keadaan mak akan lebih 'menyakitkan' diri mak.
Keadaan strok mak akan menyebabkan mak terbaring atas katil sahaja nanti. Luka di belakang badan mak akibat terlalu lama terbaring akan membesar dan lebih sukar untuk sembuh.
Rawatan dialisis tetap perlu dibuat; nak mengerakkan badan mak dan letakkan di atas wheelchair akan buat mak mengeluh kesakitan. Badan mak akan makin lemah asyik dicucuk dengan jarum di sana sini. Kesihatan mak tak akan sama seperti dahulu. Berapa lama lagi badan mak dapat bertahan?

Allah SWT tahu, mak dah terlalu lama sakit.
Sebab Allah SWT lebih sayangkan mak, Allah SWT ambil semula mak, kembali padaNya.
Supaya semua penderitaan dan kesakitan mak dapat dilenyapkan.


Aku 'masih' belajar untuk redha dengan ketentuan Allah SWT...

6 comments:

  1. time will heal yani, InshaAllah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaAllah ST....semoga Yani dapat belajar terima kenyataan dan redha. Redha untuk melepaskan arwah mak ke tanganNya yang lebih baik jagaanNya daripada kami adik beradik.

      Delete
  2. Dik,byk2lah sedekah alfatihah buat arwah..arwah abah akak dh dkt setahun pergi tp akak msh susah nak terima..akak tahu akak tk bole mcm tu..tp sama2lah kita cuba redha..sesungguhnya ALLAH tahu apa yg terbaik utk kita...

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaAllah, Yani memang sedang cuba redha dengan pemergian arwah mak. Lambat laun kita pun akan pergi menghadap-Nya juga....tapi kadang kala bisikan hati mempengaruhi minda....sebab tu Yani cuba banyakkan buat perkara yang mendekatkan diri dengan Allah, tak nak diganggu dengan bisikan hati.

      Delete
  3. Yani sue harapkan Yani boleh tabah.. its ok, masa akan menentukan..ada masa akan rasa sedih yg amat sgt.. tapi takpe itu menunjukkan kita sayangkan mereka..daripada perasaan sedih itu hilang , tu yang patut kita risau kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye betul..Yani takut sangat akan tiba satu ketika kita terlupa terus akan insan yang sudah tiada di depan mata kita setelah sekian lama...Yani tak nak perasaan rindu ini hilang.

      Delete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)