31 Mei 2014.
Sejak berTTC ni, amalan minum susu kambing dah jadi macam rutin harian. Biasanya aku campurkan dalam shake Herbalife sebelah pagi kami suami isteri. Memandangkan stok susu kambing Hi-Goat aku dah tinggal sedikit, aku ke kedai nak beli stok baru. Sekali aku tengok, ada satu lagi produk susu kambing jenama HIRAQ Platinum diletak di sebelah produk Hi-Goat. Belek-belek fakta nutrisi pada kedua-dua produk ini, boleh dikatakan lebih kurang je.
Tapi, harga dan kuantiti sachet dalam 1 pek besar Susu Kambing HIRAQ Platinum ni lebih menarik perhatian aku. Harga asal yang dicetak pada pek besar Susu Kambing HIRAQ Platinum (mengandungi 10 sachet kecil) dia tulis RM19.50, tapi kedai jual RM14.50. Harga biasa 1 pek besar susu kambing Hi-Goat (mengandungi 15 sachet kecil) dijual RM23.90. Jadi, bila aku beli dua (2) pek besar Susu Kambing HIRAQ Platinum, aku masih boleh berjimat beberapa ringgit untuk kuantiti 20 sachet.
Nota :
Susu Kambing HIRAQ Platinum - RM14.50 / 10 sachet = RM1.45
Susu Kambing Hi-Goat - RM23.90 / 15 sachet = RM1.59
Dapat jimat RM2.80, nampak macam sedikit....tapi stok susu kambing bukan beli one-off, setiap bulan restok, jadi memang jimat lah juga bagi aku.
Aku tak tahu lah korunk macam mana, tapi aku memang selalu cari tempat-tempat yang jual stok susu kambing yang lebih murah. Sebab, sebagai langkah penjimatan...mana yang boleh dijimatkan, aku cuba jimatkan. Lagipun, masa bancuh susu kambing HIRAQ Platinum ni, semerbak bau harum je masa kacau dengan sudu. Memang tak ada bau hamis kambing langsung.
P/s: Aku baru jumpa kedai/farmasi dalam Mydin MITC yang jual stok susu kambing Hi-Goat lebih murah dari kedai yang aku pergi sekarang....kedai ni jual RM23.90, tapi kedai/farmasi di Mydin MITC tu jual RM22.00 sahaja. Murah kan?
Saya juga suka susu kambing. saya ambil susu kambing dr sweet. memang betul-betul susu kambing, ada sedikit campuran susu rendah lemak dan stevia, tapi tak ada krimer, tepung ubi kayu atau bahan campuran lain. senang larut dalam air suam dan tak ada gumpalan. boleh buat yoghurt lagi! saya penah juga cuba susu kambing hiraq dan higoat tapi kandungan susunya sedikit dan tak mudah larut dalam air suam.
ReplyDeleteoo..ok, good info. thanks!
DeleteBeli kat mane susu hiraq ni
ReplyDeletekat mana2 kdai pun ade, saya beli di Family Store Melaka Mall.
Delete