24 May 2014

Kali Terakhir Jumpa Bibik Siti


24 Mei 2014.

Sebenarnya, sehari lepas hantar Bibik Siti ke rumah agen, aku singgah lagi ke sana untuk hantar bekalan ubat tahan sakit dan keperluan sanitari bibik. Bibik Siti terlupa nak bawa ubat tahan sakit tu sebab kelam-kabut berkemas.

Masa jumpa tu, menangis sakan kami berdua, dah tak kisah dah orang lain pandang kami kehairanan. Bibik Siti cakap, rasa macam terkejut pun ada tiba-tiba mendadak je dapat balik ke Indonesia. Aku cakap tak apalah bibik, yang penting bibik dapat balik dan cepat-cepat dapatkan rawatan di sana. Jangan risau dan banyak fikir, nanti badan makin sakit.


Jumaat malam tadi, macam biasa aku telefon handphone bibik tanya khabar. Bibik Siti tanya ada datang lagi tak jumpa dia sebelum dia bertolak pulang? Aku cakap inshaAllah...memang hajat hati nak jumpa. Bibik minta belikan sedikit makanan untuk buat bekal sementara tunggu di airport nanti, faham-faham jer la kat airport kan makanan dan minuman boleh tahan mahal. Bibik pun ada pesan, agen akan bertolak selepas Zuhur hari Sabtu, jadi kalau boleh datang awal sedikit takut tak sempat jumpa.

Alhamdulillah, kami suami isteri dapat juga jumpa bibik walaupun sekejap. Masing-masing seronok walaupun sebak.

4 comments:

  1. Banyak jasa dia kan Yani..tu yg sedih tu..Yani pun layan dia dengan baik..tu yang penting..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Kak Nuriz...entah bila dapat peluang nak balas balik jasa baik Bibik Siti pada kami sekeluarga. Macam berat hati jer nak lepaskan Bibik Siti pergi, tapi kesihatan dia yang paling utama waktu ini....

      Delete
  2. sedih baca entry sebelum ni. and Alhamdulillah at least yani sekeluarga dapat merasa kebaikan dari bibik siti sebab bukan senang nak dapat bibik yang baik. saya doakan yang baik-baik untuk bibik siti dan yani sekeluarga. walau sedih, kena tabah hadapinya juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaAllah Zura, mohon doakan sama Bibik Siti selamat sampai ke rumahnya dan dapat memulakan rawatan segera. selagi Bibik Siti belum telefon beritahu keadaannya, kami adik beradik risau sangat.

      Delete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)