23 May 2014

Period Selepas Laparoskopi



23 Mei 2014.

Period pertama selepas prosedur laparoskopi. 

Mendebarkan hati bila menunggu period berkunjung tiba bulan ini. Pembedahan laparoskopi tempohari dibuat semasa CD15. Selalunya, CD13-15 dah mula terasa simptom breast pain, tapi lepas keluar wad (12 Mei 2014) CD21 barulah aku terasa breast pain macam nak period. Risau pula kalau-kalau kitaran period terganggu dan jadi lewat dek kerana laparoskopi. Selalu breast pain berlanjutan selama 2 minggu sampai period datang, dia hilang dengan sendiri. Period kali ini breast pain tak sampai seminggu lebih pun.

Dan selalunya beberapa hari sebelum period (sebelum laparoskopi), aku akan rasa berdenyut-denyut di rahim belah kiri. Tapi kali ini, aku tak rasa apa-apa simptom berdenyut di belah kiri rahim macam biasa tu. Mungkin ker ini kesan doktor bersihkan tiub kiri rahim yang dikatakan ada sumbatan tu? Wallahualam! Tahu-tahu je, pagi tadi lepas sarapan shake, rasa macam sengal sekejap kat bawah ari-ari dan period muncul.

Nampaknya, kitaran period aku sekarang ini dah jadi 30 hari. Hari ni dah mula makan pil EPO semula.

P/s: Alamak...kalau kitaran period kekal 30 hari....temujanji dengan klinik O&G GH Melaka nanti aku tengah awal-awal period.

4 comments:

  1. Alhamdulillah..semoga ada prubahan positif dlm usaha2 Yani..takpe Yani, tvs time heavy period kita rasa sgt tak selesa tp gynea2 dah biasa.,hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaAllah Kak Nuriz...itulah yang Yani risau, mana tahu doktor pakar O&G nak buat TVS time tu nanti, seganlah pulak....

      Delete
  2. salam sis. nk tny. kalo conceive for baby, bole mkn EPO ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh makan EPO untuk pelbagai tujuan kesihatan. Salah satu untuk melancarkan simptom PMS, menambah cairan EWCM (waktu ovulasi dan semasa bersama suami) dan melembabkan kulit serta membantu mengurangkan simptom monopause pd kaum wanita...

      Delete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)