30 November 2013

Wrap Up : November 2013


Berat Badan : Berat terakhir ditimbang pada 29 Nov 2013 adalah sebanyak 62.5kg, ada penurunan sebanyak 1.7kg dalam tempoh sebulan selepas mula aktif beriadah dengan aktiviti bersenam, beriadah dan berzumba. Tak dilupakan, jaga pemakanan, cheatday sehabis baik dikurangkan.

Period : Period hadir pada 23 - 27 Nov 2013, secara semulajadi 2 kitaran post-clomid 100mg pada CD31. Simptom sebelum period yang sama, skrip ulangan :) Syukur, Alhamdulillah, kitaran period semakin pendek dan tetap, dua kitaran post clomid ini period datang pada CD31.

Usaha TTC : Masih meneruskan usaha dengan supplemen EPO, Omega 3 Fish Oil dan lain-lain lagi. Amalan meminum susu kambing bersama buah kurma kami suami isteri seperti biasa. Encik suamiku tersayang sudah berhenti makan supplemen Speman dan Kapikachhu, tapi mula makan Bio Magnesium Plus dan 21st Century Selenium 200mcg (13 November 2013).

Supplemen yang kami makan bersama adalah Abbott Surbex Zinc dan Blackmores Multivitamins & Minerals (13 November 2013). Untuk usaha TTC kali ini (Okt - Nov) tiada bantuan Clomid, semuanya secara natural.

Mak : Mak dah mulakan rawatan dialisis 3 kali seminggu di pusat rawatan Krisda Jaya. So far, alhamdulillah cuma dari segi pemakanan mak kena kawal, banyak pantang larang mak kena ikut, untuk kelancaran proses dialisis juga.
 

2 comments:

  1. All the best with yr ttc,akak alhamdulillah after 7 yrs ttc dpt a boy.never give up k.btw terinspired n kagum with yr weightloss.starting my hl tomorrow.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin dan InshaAllah Kak...Yani pun terinspirasi dengan usaha TTC akak, semoga Yani pun dipinjamkan sifat sabar dan ketabahan yang sama macam akak....weightloss tu bertahun kak...goodluck ye kak utk program HL akak....kuatkan semangat! Chaiyok2!!

      Delete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)