29 November 2013

Cabaran 90 Hari : Berat Badan Minggu Keempat November 2013


Bacaan berat badan pada 29 November 2013

29 November 2013.

Bacaan timbang berat badan untuk minggu keempat bulan November 2013. Alhamdulillah, ada penurunan lagi pada penghujung bulan November 2013 ini walaupun tak banyak. Aku masih kekalkan aktiviti dan proses yang sama dibuat seperti minggu-minggu terdahulu. Aktiviti berzumba setiap malam selama 1 hingga 1 jam 30 minit, kawal pemakanan (nasi kurang 1 genggam, sayur lebih dan sumber protein bersaiz 1/3.


Apa yang kekal?
  1. Peratusan air dalam badan
  2. Visceral Fat

Apa yang turun? Turun yang bagus ye!
  1.  Berat Badan
  2. Peratusan lemak dalam badan

Untuk catatan peribadi aku:

Berat pada 29 Oktober 2013 = 64.2kg
Berat pada 8 November 2013 = 64.2kg 
Berat pada 15 November 2013 = 63.1kg   
Berat pada 22 November 2013 = 63.1kg 
Berat pada 29 November 2013 = 62.5kg  

Jumlah penurunan berat badan sebulan = 1.7kg (boleh ler dari takde...kan?)

% lemak pada 29 Oktober 2013 = 38.3
% lemak pada 8 November 2013 = 38.2
% lemak pada 15 November 2013 = 37.7  
% lemak pada 22 November 2013 = 37.1 
% lemak pada 29 November 2013 = 37.0

Jumlah % lemak yang turun dalam sebulan = 1.3%  

Bacaan berat badan pada 22 November 2013

6 comments:

  1. sue plan nak kurangkan 10kg dri berat skang..huwaaa..mampu ke

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mampu...semua orang mampu....tapi jangan cakap kat mulut je, kena buat dan ambil tindakan segera. Yani ni setiap malam berzumba. Bukan tak sakit badan, Allah je yang tahu betapa sakit dan letihnye badan 1-2 jam bersenam tak berhenti. Dalam hati kadang2 berbisik, nak skip 1/2 malam dari bersenam, nak berehat....tapi kuatkan semangat balik, set dalam otak..Yani ada matlamat kena kejar, tak boleh biarkan benda remeh temeh jadi penghalang untuk kekal sihat....

      Delete
  2. congrat akak...
    teruskan usaha anda....
    anim dah nak start diet balik pada 1 dec 2013 nie...
    setetah diet bulan lepas fail..hehehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaAllah....nape bulan lepas punye diet failed?

      Delete
  3. kagum dgn semangat yani..go go go iron lady :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Erk..takde ler sampai tahap iron lady...lembik jugak kalau tiba masa hilang motivasi diri....inshaAllah bila disupport oleh kawan2 disekeliling yang ada aura positif, semangat tu kekal lama...

      Delete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)