25 November 2013

Risiko Golongan Obes (Macam Aku!)

Bukan kita di Malaysia je tengah hadapi masalah obesiti, tu...kat Amerika pun sama!
Sumber Gambar : Google

25 November 2013.

Petikan artikel yang dipaparkan dalam akhbar Metro pada 4 November 2013 lalu. Memang ada kaitan dengan diri aku ni; dari obes tahap 2 (BMI pada Jun 2012) kepada obes tahap 0 (BMI semasa). Aku tahu dan aku faham...aku masih dalam kategori obes. Nak kasi hati sedap dengar, aku masih berlebihan berat badan. Hehe~

Nota:

BMI 80.6kg = 35.35 (Obes tahap 2)
BMI 63.1kg = 27.67 (Obes tahap 0)

Pengkelasan obesiti ini dibuat berdasarkan kiraan Indeks Jisim Tubuh (BMI). BMI boleh dikira secara membahagikan berat (kilogram) dengan ketinggian (meter) ganda dua. Rasanya semua orang sudah tahu formula ini, tetapi biarlah diulang semula. BMI = Berat (kilogram)/tinggi (meter) x tinggi (meter).

Bagaimana hendak me­ngetahui sama ada anda obes atau tidak? Senang saja. BMI melebihi 27 sudah dianggap obes (tahap 0). Anda termasuk dalam kategori obesiti tahap 1 jika BMI anda berada dalam julat 30 hingga 34.9 manakala obesiti tahap 2 (35 hingga 39.9) dan obesiti tahap 3 pula merujuk kepada BMI melebihi 40.

Obesiti tahap 0 bermakna seseorang itu obes, tetapi tiada masalah kesihatan yang disebabkan kegemukannya. Tekanan darah, kandungan lemak dan lain-lain ukuran berada dalam paras normal. Orang yang berada dalam kategori obesiti tahap 1 pula menunjukkan gejala kesihatan seperti tekanan darah agak tinggi, enzim hati mening-kat dan mengalami kesakitan di sana sini.

Orang yang berada dalam kategori obesiti tahap 2 pula pula mempunyai masalah kesihatan seperti tekanan darah tinggi, diabetes, apnea tidur, osteoartritis, asid refluks, kemurungan, gang­guan keresahan dan sukar melakukan pelbagai aktiviti harian. Manakala obesiti tahap 3 pula menandakan kegemukan itu sudah menjejaskan pelbagai fungsi badan seperti berlakunya serangan jantung, komplikasi diabetes, osteoartritis yang teruk dan amat sukar bergerak.

Penentu paling asas terhadap berat badan berlebihan ialah apabila berlaku ketidakseimbangan antara jumlah kalori diambil dan juga kalori yang dibakar.

Tetapi yang nyata kurangnya kesedaran terhadap isu ini diburukkan lagi oleh hakikat bahawa negara kita sememangnya terkenal dengan pelbagai makanan lazat yang berkalori tinggi seperti char kuey teow, mi goreng, roti canai, nasi lemak dan ba­nyak lagi. Hidangan ini melebihi jumlah pengambilan kalori diperlukan badan dalam setiap sajian harian iaitu 2,400 kalori bagi lelaki dan 1,700 kalori bagi wanita.

Tidak dapat dinafikan hidangan ini amat menyelerakan tetapi perlu diketahui bahawa kandungan nutriennya rendah dan boleh menyumbang kepada pelbagai penyakit seperti jantung, tekanan darah tinggi dan juga diabetes.

Artikel penuh boleh rujuk di sini (http://www.hmetro.com.my/articles/Kurangkankalori/Article).

2 comments:

  1. gaya hidup sekarang yg suka fast fod and kurang exercise penyumbang kepada obesiti...org2 kat america lebih awal terdedah dgn fast food ni... fast food ni pun datang dr sana kan... bebudak skang plak suka main game or tgk tv, lagi la kurang bersenam... tu yg budak2 skang lagi mudah nk obes masa kecil2 lagi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul2....kita ni pun dh terdedah dgn fast food dari kecik, tu yg dh besar ni macam2 penyakit singgah kat badan...nak ubah tebiat makan, memang makan masa....selagi tak jatuh sakit atau dpt penyakit yg kena tanggung seumur hidup, jangan harap nak insaf...

      Delete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)