11 Oktober 2013.
Bercuti umum hari ini sempena sambutan Hari Lahir ke-75 TYT Tun Datuk Seri Utama Mohd Khalil Bin Yaakob.
Peluang bercuti selama tiga hari bermula hari ini, aku berazam nak cuba beriadah sehabis boleh. Selepas solat Subuh, bersiap dengan baju sukan, takde la berjogging sangat pun, lebih kepada berjalan kaki sambil menghirup udara pagi. Sangat best! Oh, sambil berjalan kaki berpegangan tangan tu, sesi meluahkan rasa, tanya macam mana kerja sekarang, bergurau manja.....see? Aku rindu suasana ni, sesi hati ke hati dengan hubby.
Hari Isnin aku tak cuti, beri laluan pada rakan sepejabat dan bos untuk bercuti. Selasa akan kembali sambung cuti sempena Hari Raya Aidiladha. Hubby tak bercuti Hari Raya Aidiladha ni, jadi kehidupan berjalan seperti biasa, cuma hari Ahad akan balik Seremban sekejap untuk sambut hari lahir hubby dengan keluarga mertua.
muka yani n hubby sama! ada 'meh'.... heheheheh :-)
ReplyDeleteKan? Dari zaman couple dulu sampai lepas kawin, ramai yang cakap macam tu....sejuk hati! Tapi bila gaduh, tetap panas hati jugak..hihi~
DeleteKurussss! Well done yani! :)
ReplyDeleteAlahai Yannie.....masinlah mulut Yannie...hehe! Ada kawan Herbalife cabar suruh dapatkan angka 5 kat depan sebelum 31hb Disember 2013...aduh....berat takmo turun dah, dia stuck kat angka 6 je ni...
Delete