22 October 2013

Cabaran 90 Hari : Berat Badan Minggu Ke-3 Oktober 2013



Sumber Gambar : Google


22 Oktober 2013.

Sekejap je masa berlalu, kan?
Tahu-tahu je dah masuk minggu ke-3 bulan Oktober 2013.

Awal bulan Oktober, hati seronok tengok berat badan 64.0kg, tapi bila timbang 10 Oktober hari tu, rasa nak luruh jantung bila tengok bacaan timbang naik kepada 65.0kg! Hoih! Rasa nak lempar je penimbang tu, nasib baik orang punye :(

 Bacaan timbangan berat badan (10 Oktober 2013)

Minggu lepas minggu macam-macam paling banyak cuti umum di Melaka, jadi memang tak sempat nak menimbang berat badan. Minggu tu juga aku mula balik aktiviti berjogging, berjalan kaki satu taman perumahan dengan hubby waktu hari cuti. Hujung minggu baru-baru ni pun aku sambung aktiviti yang sama, aku tambah juga dengan bersenam cara Zumba. Malam tadi pun sempat berzumba sementara tunggu hubby balik.

Pagi tadi timbang berat badan berjemaah. Dup dap dup dap rasa jantung....

Bacaan timbangan berat badan (22 Oktober 2013)

Alhamdulillah, adalah penurunan sikit. Peratusan lemak pun ada penurunan, peratusan air dalam badan pun naik. Walaupun turun setakat 400gm je pun, aku rasa berbaloi dengan usaha aku tambah aktiviti bersenam. Bukan dapat berjogging hari-hari, tunggu hari Sabtu Ahad baru dapat berteman dengan hubby.

Rutin makan pun aku baru-baru cuba kurangkan pengambilan kalorinya; sarapan memang tak dapat elak dari masukkan buah-buahan, kurma, dan susu kambing dalam shake. Makan tengahari, aku dah mula kurangkan saiz porsi nasi, sayur tak ada masalah telan banyak-banyak, daging aku ambik sedikit. Makan malam pula, aku cuba elakkan dari cheat, seboleh-bolehnya aku minum shake ditambah kurma sahaja.

Status FB Kevin Zahri (22 Oktober 2013)

Sedih tu memanglah sedih, berat badan dok turun naik tang tu je, tapi hidup perlu diteruskan.....ye tak?
Kalau dah nampak cara ni tak berkesan, kita cuba cara lain.
Yang penting usaha!

P/s: Malam tadi dah download tarian Zumba berunsurkan genre Mambo, dari FB page Linda Edler (https://www.facebook.com/ZumbaLindaEdler).....malam ni nak cuba! Malam tadi hubby sempat tengok aku berzumba, dia kata macam 'keras' sikit tak macam dalam video tu...cesss....nama pun beginner bang oii...makan masa la nak jadi sebijik pergerakan badan macam dalam video tu....takpe-takpe, we'll see! Hehehe....

4 comments:

  1. Yani, bleh bagi link zumba tu? teringin nak buat.... heheheh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya Yani dah beri link page FB Linda Edler, boleh Like dan tonton di situ videoklip senaman zumba ...tapi kalau nak terus ke youtube, cuba search bawah nama Linda Edler..... :)

      Delete
    2. Ok, bleh tgk kt youtube.... I x de fb.... Hehehehehe :-)

      Delete
    3. Lorrr..ye ke? Takpe, Linda Edler ni terkenal, boleh terus google je nama dia, confirm jumpa...Sweet Tooth, hari ni Linda Edler ada release Zumba genre Salsa......vvvvveeeeery sexy one~ tak sabar nak cuba!!

      Delete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)