Hari ni dah masuk CD2. Yang pasti, kitaran period bulan ni sama corak dengan kitaran bulan lepas. Lewat 3,4 hari. Memberikan harapan palsu. Oh, tak baik merungut, nasib baik period sudi datang berkunjung walaupun dia acah-acah tak muncul, dan memberi harapan palsu pada aku.
Tak tahu la sama ada ni adalah simptom-simptom period nak datang atau tidak, 2-3 hari kebelakangan ni, lepas sahur, aku jadi pening, mabuk dan badan berangin. Menangkap di kepala sampai aku jadi tak tentu arah. Sampai minta encik suami urut perut, kepala dengan minyak cap kapak. Tekak rasa loya dan nak muntah sangat-sangat. Nampak? Sekali lagi beri harapan palsu kat aku. Bila buat UPT, cuma muncul satu garisan je. Sedih? Tak....lebih kepada menyampah.
Sampaikan aku dah setkan dalam minda, kalau tak mengandung, sila turun sebagai period. Sebab aku nak fokus kepada penurunan berat badan aku. Jangan main-mainkan emosi tuan badan yang sememangnya tak berapa stabil ketika ni. Oh, pasal isu aku makan Herbalife tu, alhamdulillah....turun 3.0kg dalam sebulan. Mungkin pada sesetengah orang, penurunan tu terlalu lambat dan sedikit. Ade aku kesah? Badan aku, pandai la aku nak uruskan. Aku cuma nak pastikan sebelum jumpa doktor semula awal bulan Oktober ini, berat aku turun secara signifikan berbanding semasa temujanji terakhir dulu pada bulan Jun. Dalam otak, dah tetapkan nak turun sekurang-kurangnya 10 kg dalam masa 3 bulan. Boleh capai sasaran? InsyaAllah. Doakan je, jangan nak kutuk-kutuk.
Yang penting, hati dah makin bersemangat nak turunkan berat badan bila tengok angka 80++ kg dah turun menjadi 76++kg. Lepasni berharap dapat tengok angka 60++ dan seterusnya angka 50++ (berat ideal untuk ketinggian aku). Badan pun dah terasa ringan sedikit, dan perubahan fizikal yang dah nampak, lipatan perut dah mengecil. Huhu..seronok! Kalau tak macam kuih lapis.....sib baik tak de dua tona warna.
Oh ye, lupa plak. Flow period CD2 ni nampak macam berjalan lancar, dah mula nak banyak dan ketulan darah masih sedikit. Tunggu dia CD3 dan CD4, siap la....rasa nak berkampung terus dalam toilet. Kejap-kejap salin pampers, kejap-kejap basah kering, badan jadi dedau pastu rasa nak demam. Eh, sekali lagi tak baik merungut. Bersyukur yani, datang gak period bulan ni. 7 hari je pun nak lalui, lepas tu dah boleh mulakan semula projek mega dengan encik suami. Kadang-kadang aku rasa suami aku lebih tenang dan sabar berbanding aku. Macam malam tadi, dia peluk, dia pegang erat tubuh aku, lepas tu cakap " Kita boleh usaha lagi kan lepas sayang habis period ni? Kita usaha sama-sama" Aku pandang dia pastu rasa nak tanya pada dia "Tak penat ke usaha buat projek mega selama ni tapi tak nampak hasil?" Oh ok...agak kurang ajar tanya macam tu pada encik suami. Kang kalau dia jawap penat dan boring, aku gak yang meroyan sorang-sorang dalam bilik dengar jawapan macam tu dari mulut dia.
Miss P ida tak datang punnn... sedih!! Ida taknak pergi jumpa doktor, nnti dia bagi ubat turun period.. ida nak puasa penuh! hihihi
ReplyDeleteieda: mmg la kalau ikutkan nak puasa penuh sebulan, tp darah kotor kalau simpan lama-lama dalam badan, tak elok dan boleh bawa sakit. sebab tu la natural dia keluar setiap bulan, tp terpulang la pada ida. mungkin ada rezeki melekat bulan ni,insyaAllah rezeki Ramadhan.
ReplyDelete