06 August 2012

Perak Di Olimpik, Emas Di Hati Malaysia


Tewas bermaruah. Itu konklusi perlawanan Datuk LCW menentang Lin Dan di Wembley Arena, London malam tadi. Tak kisah la apa pun tajuk berita dan ulasan rakyat Malaysia tentang kekalahan Datuk LCW, yang pasti rakyat Malaysia harus mengakui Datuk LCW berhabis-habisan berlawan walaupun rezeki pingat emas tidak berpihak padanya.

Malam tadi, Datuk LCW merupakan manusia yang paling cool dalam mempamerkan reaksi wajah berbanding Lin Dan. Mungkin sebab dia tahu, kalau dia tunjukkan wajah kecewa, berjuta rakyat Malaysia akan turut merasai kekecewaan itu. Bila mata penamat dimiliki oleh Lin Dan, barulah nampak jelas Datuk LCW melepaskan kesedihan di atas lantai gelanggang. Sedih kita, sedih lagi dia. Yang penting, kita semua tak patut salahkan dia, sebab beban yang dia tanggung, kita tak tahu dan tak rasa.

Terlepas 4 juta (seperti yang diwar-warkan dalam akhbar), itu bukan sasaran sebenar Datuk LCW. Membawa nama Malaysia sampai ke peringkat final sudah memadai, sebab itu bukan perkara mudah.

Takpe la Datuk LCW......."Perak Di Olimpik, Emas Di Hati Malaysia"

Syabas! Tahniah! Dan terima kasih!

Petikan ucapan Datuk LCW:


“Saya mohon maaf kepada rakyat Malaysia kerana gagal memberikan mereka emas. Saya tahu ramai yang kecewa tapi saya sudah cuba sebaik mungkin. Saya tidak kesal dengan kekalahan ini, mungkin memang ditakdirkan saya hanya boleh menang perak kerana Lin Dan memang terlalu handal.

“Dalam dunia ini hanya satu Lin Dan dan Lin Dan itulah yang mengalahkan saya. Tapi saya gembira kerana Lin Dan membuatkan saya bekerja keras untuk sampai ke peringkat ini dan saya percaya dia juga gembira kerana saya membuatkannya bekerja keras untuk emas,” katanya.

2 comments:

  1. dia dah buat yg terbaik kan...

    apapun, tahniah DLCW!!

    dear...saya ada komen kat n3 puding roti awak...nnt baca yer...

    ReplyDelete
  2. kak wahida: yup, dia dah buat yang sehabis baik...siapa la kita nak menidakkan usaha jerih perih dia, nak kutuk2 dia...macam la kita ni hebat sgt? bengang juga dengan komen2 rakyat malaysia yang lebih sudu dari kuah, pandai bercakap, pegang raket badminton pun canggung...

    ReplyDelete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)