05 November 2019

Pertama Kali Tinggalkan Anak Dengan Suami

5 November 2019.

Seumur hidup, ini kali pertama tinggalkan anak dengan suami lebih 24 jam dan bermalam. Huhuhuhu, hati mak tak kuat, nak. Disebabkan event Young Living di Sunway Putra Hotel berlangsung dari jam 9.00 pagi - 6.00 petang, bila mana kena check out jam 12.00 tengahari, celah mana anak dan suami nak tunggu  6 jam sampai aku habis event kan? So, kuatkan juga semangat, kongsi book bilik hotel dengan adik bongsu untuk 1 malam dan anak dijaga oleh suami di rumah Melaka.

Bekalan susu EBM memang ada tapi memang cukup-cukup je. Selama ini stok susu EBM hanya untuk stok siang, malam sepenuhnya anak BF. Jadi, aku dah ajar suami siap-siap untuk cairkan susu frozen bila mana stok EBM dah makin kurang. Aku? Terpaksa jadi EP mom, kehulur ke hilir bawa breastpump untuk mengepam susu sebagai stok EBM. Setiap 3 jam aku duduk mengepam di bilik hotel dan di surau hotel bagi memastikan jadual susu dan konsep demand & supply terjaga.

Alhamdulillah, sampai je rumah jam 9.30 malam, memang anak melekat je melepaskan rindu agaknya lebih 24 jam tak nampak muka Mama dia. Nampak sangat dia rindu walaupun sepanjang aku di sana, aku memang sentiasa video call cumanya biasalah anak buat jual mahal tak nak berkomunikasi dengan Mama dia ni. Hihihihi....Berbaloi attend event Young Living ni untuk meningkatkan kemahiran berkomunikasi dan close deal untuk bisness Young Living. 

Esok genap 1 tahun 7 bulan

2 comments:

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)