17 September 2018

Kisah Adam & Lactation Counselor : Berat Badan 5 Bulan

14 September 2018.

Terlewat nak buat entri ni selepas temujanji susulan Adam di KKIA untuk suntikan 5 bulan tempohari (12 September 3028) sebab terus bercuti di luar Melaka. Nak update pada Puan Safura LC pun terlupa, sampai Puan Safura sendiri followup semasa aku tengah bercuti. Alhamdulillah Adam dah keluar dari line kuning untuk kenaikan berat badan, malah yang paling mengejutkan kami suami isteri, berat badan Adam meningkat 1 kg untuk usia 5 bulan ini. Kami suami isteri hampir bersorak bila tengok berat badan Adam terkini adalah 6.3kg berbanding 5.3kg pada checkup usia 4 bulan lepas.





3 comments:

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)