09 August 2018

Genap Setahun Yang Lalu



8 Ogos 2018.
Genap setahun yang lalu, usai Subuh Mama mendapat perkhabaran gembira; Mama mengandung!
Selama 7 tahun lebih usia perkahwinan Mama dengan Papa, ini kali pertama ujian UPT menunjukkan double lines. Lillahi taala, mengigil satu badan Mama, rasa nak pitam saat tu. Bercampur baur perasaan.
Papa pernah tanya, kenapa tak buat suprise tunjuk ujian UPT ni pada Papa macam orang lain? Tak perlu la kot. Suprise dari Allah SWT ni lebih manis dikenang sebegini, kekal abadi dalam ingatan kita berdua sahaja.
08.08.17 - Ikut perkiraan, Adam berusia 4 minggu dalam rahim Mama.
08.08.18 - Adam dah berusia 4 bulan.
Alhamdulillah, syukur Ya Allah atas nikmat yang Kau pinjamkan pada kami.
TTCians semua, jangan pernah berhenti berdoa kepada Allah SWT. Sehingga kini, doa untuk kalian tak pernah hilang dari setiap doaku usai solat.

7 comments:

  1. Comelnya adam..tq mama adam, doakan utk aunty2 yg masih menunggu ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaAllah Fieza, Yani memang tak pernah lupa doakan semua kawan TTCians yang masih berusaha mendapatkan zuriat. Semoga TTCian semua terus tabah dan kuat semangat.

      Delete
  2. Akak jumpa blog yani lepas cari pasal hyperplasia. Kiranya akak silent reader. Masa baca post yanie pregnant akak yg mengalir airmata. Syahdu sgt hati masa tu. Semoga Adam membesar menjadi anak soleh dan semoga Allah kurniakan akak dan suami rezeki zuriat juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam, Kak Imaemy ada masalah hyperplasia ke? Dalam rawatan ke sekarang? Maaflah kalau entri saya berkaitan hyperplasia tidak banyak dapat membantu. Saya pun dah lama tinggalkan rawatan tentang penyakit endometrial hyperplasia saya. InshaAllah, saya sentiasa doakan sahabat-sahabat senasib dengan saya, Allah SWT berikan rezeki dan peluang memiliki zuriat mereka sendiri.

      Delete
  3. Doakan kami yang msih menunggu ne sis..manthu doa sis makbul

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaAllah Rien, doa saya masih sama untuk sahabat TTCian yang lain selepas solat...

      Delete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)