24 Mac 2018.
Syukur Alhamdulillah!
Selesai juga urusan melangsaikan baki hutang pinjaman sewa beli kenderaan milik sendiri, memperbaharui cukai jalan dan insurans kereta sebelum bersalin.
16 Mac 2018 - Ke syarikat tempat asal beli kenderaan untuk menguruskan proses memperbaharui insurans kereta dan cukai jalan. Jumlah keseluruhan termasuk kos cukai jalan RM70 adalah sebanyak RM547.35.
19 Mac 2018 - Ke Hong Leong Bank melangsaikan baki terakhir sewa beli kenderaan di Cawangan Ong Kim Wee sebanyak RM390.25. Pihak bank memulangkan semula geran asal kenderaan dan memaklumkan bahawa boleh ke JPJ untuk membatalkan hak milik bank pada geran asal selepas tempoh 3 hari bekerja.
23 Mac 2018 - Selepas mengambil dokumen insurans dan cukai jalan terkini di syarikat Motoraya, terus ke JPJ Bukit Katil untuk uruskan pembatalan hak milik bank pada geran asal kereta tapi nampak gayanya dalam sistem JPJ nampak bank masih belum kemaskini status Batal dalam sistem online yang dihubungkan dengan sistem JPJ. Staf JPJ ada maklumkan ada bank yang lewat kemaskini sehingga melebihi tempoh sebulan. Prfftt sangat dengan kualiti perkhidmatan Hong Leong Bank ni. Kena followup balik dengan pihak bank sebelum ke JPJ semula nanti.
24 Mac 2018 - Memandangkan kereta akan tersadai di rumah sepanjang tempoh berpantang nanti, dan kebetulan juga mileage kereta dah cukup haul untuk diservis, aku ambil keputusan untuk buat servis di Pusat Servis Perodua berdekatan rumah. Alhamdulillah, nasib baik minor service sahaja dan caj yang dikenakan adalah sebanyak RM275.50. Next servie adalah major service dan anggaran kos yang perlu diambilkira adalah sekurang-kurangnya RM470+. Standby duit je la nanti.
Memandangkan tiada lagi pembayaran sewa beli kenderaan selepas ini, inshaAllah dah boleh fokus duit lebihan bulanan tu untuk persediaan servis dan penyelenggaraan kereta ni, almaklumlah dah menginjak 9 tahun ni, bakal banyak benda nak kena selenggara.
wahhh bestnya. Akhirnya selesai jgk kan. Yang sy punya berjanggut lagi nak habis, hehe
ReplyDeleteRasa sangat bersyukur satu beban hutang dah langsai...harta pertama (downpayment guna duit gaji sendiri dan arwah mak tak perlu topup)..tu yang tinggi nilai sentimental kereta ni...so, lepas ni jaga baik-baik je la, so far enjin semua masih elok, belum wujud lagi major damage/ accident...harap bertahan la beberapa tahun lagi sebelum buat hutang baru.
Deletealhamdulillah...bestnya...hutang kereta saya tahun 2020 habis..wuaaa
ReplyDeleteTinggal hutang personal loan dan hutang PTPTN je ni Dr Mai...tak sabar nak langsaikan semua.
Delete