1 Mei 2017.
Selamat Hari Buruh, semua! Hahaha...ntah la, aku lebih prefer perkataan buruh berbanding pekerja. Hari cuti so apa lagi ....jom la membakar lemak di badan. Lama tak dapat berjogging petang lepas waktu bekerja sebab cuaca tak mengizinkan; asyik hujan petang dan mendung. Hari ini dapat buat beberapa kali sprint dan interval. Kuyup berpeluh-peluh dibuatnya.
Lalu belakang rumah mertua adik bongsu (kami berjiran satu taman perumahan), ternampak anak buah Aina tengah main atas pangkin ditemani atuknya. Culik kejap anak dara tu bawa balik ke rumah Nenek Timahnya. Lepas tu hantar balik ke rumah mertua adik bongsu, lepak sekejap sambil tengok adik bagi anak-anaknya makan sarapan.
Dah masuk bulan Mei, macam mana dengan semangat diet korunk? InshaAllah aku masih on track. Keputusan join cabaran weight loss (WLC) dari bulan Januari 2017 alhamdulillah keputusan terbaik aku pernah buat. Dan keputusan aku follow kebanyakkan FB page yang berkisar diet, senaman dan weight loss memang berbaloi. Keep me always motivated dan dalam mode sedar diri incase terleka dengan cheatmeal.
No comments:
Post a Comment
Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)