26 April 2017.
Ahad lepas kami suami isteri menyertai larian 6KM Superheroes Race : Guardian Of The City Vol. 1 bertempat di Berjaya Times Square. Kami bergerak ke Kuala Lumpur pada Sabtu tengahari dan terus check in di Hotel Metro Bukit Bintang (hotel yang terletak berhadapan dengan Berjaya Times Square - walking distance).
Larian yang bermula seawal 7.00 pagi ni melalui Jalan Imbi - Jalan Pudu - Jalan Loke Yew - Jalan Istana - Jalan Bukit Petaling - Jalan Maharajalela dan melalui beberapa kawasan mendaki bukit serta flyover. Memang mencabar sungguh terpaksa berlari di kawasan tinggi. Alhamdulillah kami berjaya selesaikan dalam tempoh 60 minit. Seronok rasanya dapat berlari di awal pagi di tengah-tengah kota sambil tengok pemandangan sekeliling. Bila melalui bangunan Dewan Bahasa & Pustaka, teringat kembali pada arwah mak sedara, Mak Ndak iaitu adik arwah Mak.
InshaAllah, larian seterusnya bagi event Superheroes Race ini akan diadakan selepas raya iaitu pada bulan Julai ini. Kami akan join juga sebab nak lengkapkan koleksi finisher medal Superheroes Race kami.
Alhamdulillah, setelah lebih 15 tahun tak berjumpa, akhirnya bertemu muka juga dengan Sherry, rakan sebilik semasa di KMPP, Pulau Pinang dulu. Kebetulan Sherry ternampak aku update dalam FB tentang larian ni, dia maklumkan yang dia pun sertai larian yang sama, jadi kami janji nak bertemu jika ada rezeki.
Overall keadaan bilik hotel ok cuma ada beberapa perkara yang kurang menyenangkan:-
- Mini bar kurang sejuk, makan masa lama nak sejukkan air
- Karpet lantai agak kotor dengan tanda-tanda hitam
- Kad akses yang diberikan hanya 1 dan menyukarkan pergerakan.
Pemandangan dari bilik hotel kami menginap, nampak direct shopping complex Berjaya Times Square
Race kit kami suami isteri
Hi, I came across your blog and I enjoyed reading your amazing stories. Interested to collaborate? Email me at nurul.aini@my.zalora.com I couldn't find your email so I am leaving a comment to u. Hope to hear soon. Thanks! Ps: this is NOT a spam yah haha :)
ReplyDelete