2 Mei 2017.
Cerita throwback lagi, tak dan nak buat entry bulan April lepas. Lepas check out Hotel Metro Bukit Bintang selepas larian Superheroes Race : Guardian Of The City Vol. 1, kami check in pula ke Hotel Ibis Styles KL Fraser Business Park di Jalan Metro Pudu 2 tak jauh pun dari hotel yang pertama tu. Percutian tambahan yang dirancang last minute berikutan 24 April 2017 diisytiharkan cuti kelepasan tambahan am sempena Hari Pertabalan Agong, jadi kami ambil keputusan untuk stay sehari lagi di KL. Urusan booking semuanya melalui App Booking.Com.
Harga semalam bagi bilik Standard Queen Room (2 dewasa) adalah RM148 tak termasuk caj perkhidmatan dan caj GST. Jumlah keseluruhan RM158++ termasuk sarapan. Owh seperkara lagi, hotel ini menggunakan konsep pra-pembayaran dimana sehari sebelum check in mereka akan tolak duit melalui kad kredit kita. Selama ini aku booking hotel melalui Booking.Com memang aku akan cari hotel yang menerima terma pembayaran semasa proses pendaftaran masuk secara tunai. Jadi, bila pihak hotel telefon aku sehari sebelum check in dan maklumkan ada masalah untuk deduct amount dari kad kredit, aku mention aku tiada kad kredit dan bertanyakan sekiranya boleh pembayaran secara tunai? Alhamdulillah pihak hotel Ibis boleh bertolak ansur dan tiada masalah untuk pembayaran tunai semasa check in.
First impression tentang bilik hotel?
Wow....memang teruja dan seronok dengan interior design bilik kami. Rasa berbaloi dengan caj yang dikenakan. Agak berbeza dengan first impression kami terhadap hotel Metro Bukit Bintang walaupun kadar caj lebih kurang sama sahaja. Kami perhatikan kebanyakan pelancong asing yang check in di sini. Bilik yang kami dapat pemandangan luarnya menghadap bangunan hotel juga. Kami tak kisah sebab memang nak berehat panjang melepaskan penat berlari pagi tu. Seronoknya dapat tidur berjemaah dengan suami.
Sebelah malam kami tak keluar ke mana-mana, memang bertapa terus dalam bilik hotel. Kami dah siap-siap beli makanan semasa di IOI City Mall untuk dimakan sebelah malam. Semuanya OK tentang hotel ini, coverage WIFI pun luas dan aircond pun sejuk gile. Cuma ada pengalaman agak kurang menyenangkan semasa breakfast di cafe hotel ini di tingkat 4. Kami turun awal untuk breakfast tapi cafe dah penuh dengan pelancong dari China....er paham-paham je la attitude mereka ni. Memang tak ada adab langsung dan buat sesuka hati je masa beratur mengambil makanan. Yang turun breakfast pakai singlet pagoda pun ada! Ada satu couple veteran ni, selamba badak ambil paket gula dan krimer atas meja kami tanpa sepatah kata. Orang tengah makan kot? Suami dah buat muka tak best, kami cepat-cepat habiskan sarapan dan naik ke bilik semula. Overall menu makanan di hotel ini bagus dan pelbagai. Aku suka je sebab pinggan sarapan aku seimbang dengan semua karbo, protein dan fiber. :)
No comments:
Post a Comment
Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)