15 February 2017

Family Day Di Avillion Admiral Cove, Port Dickson


15 Februari 2017.

Kisah throwback yang berlaku pada minggu lepas. Jabatan ada buat Program Penetapan SKT dan Hari Keluarga di Avillion Admiral Cove Hotel di Port Dickson dari 10 - 12 Februari 2017. Dekat naw-naw tapi itu je la bajet yang ada untuk tahun ni, huhuhu. Takpelah asalkan semuanya ditanggung, jadi anggap je la percutian percuma untuk bulan Februari kami. :)

Hari Jumaat lepas, kami diberikan pelepasan untuk balik awal seawal jam 12.15 tengahari dan perlu check-in di sana jam 3.00 petang. Kami berdua sampai di Port Dickson sekitar jam 5.00 petang lepas tu kami berjalan-jalan dahulu di sekitar hotel untuk melihat pemandangan sekeliling.


Pemandangan sekitar hotel. Memang lawa la, kalau tengok dari entrance macam hurm....tapi bila dah masuk, memang nampak menarik la. Disebabkan aturcara program tak padat dan sangat santai, most of the time kami berdua berendam dalam kolam renang...hahaha....memang puas hati la dapat berenang sampai kecut-kecut jari.


Kemudahan di dalam bilik kami, kami dapat bilik jenis Twin Deluxe (Vista Wing). Sangat luas boleh main kejar-kejar laki bini....eh! Tapi yang kurengnyer, kami dapat katil jenis single. Memula macam komplen juga la pada urusetia lepas tu bila dimaklumkan hotel tak dapat penuhi beberapa bilik untuk yang berkeluarga, so aku ok je la. Tapi malam-malam laki seludup naik atas katil single ai. Hahahaha....berhimpit tapi best sebab import bantal-bantal besar yang ada atas pangkin daybed gi atas katil ai.


Malam kedua (Sabtu) ada makan malam Hari Keluarga jabatan di ballroom hotel dengan tema "Kesultanan Melayu Melaka". Aku terlibat sebagai urusetia persembahan dan cabutan bertuah, jadi aku sewa baju melayu Perak untuk kami suami isteri dari adik sepupu. Huhuhu.....alhamdulillah, merasa pakai baju ala-ala pengantin semula. Oh ye, malam tu aku dapat hadiah cabutan bertuah iaitu ELBA stand mixer, haa...dah boleh la baking untuk biskut raya dan kek raya tahun ni. Hehehe...



Hadiah-hadiah yang kami berdua dapat dari penyertaan sukaneka dan acara pertandingan bola tampar pantai. Boleh buat tambah-tambah koleksi memasak kat dapur. 

2 comments:

  1. wahhhh cantek la baju makan mlm tu!! merasa jd pengantin blk hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha....kan? Sib baik tak kena berarak mcm pengantin malam tu....

      Delete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)