![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjBAV8Pr3XSJ48_CjMVr97M390gADRhXlsaQGtwtrGlvMnaVDvq-fL7W2FIHakKKsiD4vFOZQan2yMz1JFpnWjKd9QptmUyMriEphiVdQN-axT2uU_z10tWPtiQtt4hEDjAR5Hv6QBhbQ/s640/%25255BUNSET%25255D.png)
31 Disember 2016.
Post terakhir untuk tahun 2016. Tetiba terasa nak baking tapi resepi simple-simple. Dah lama rasanya tak baking. Google dan jumpa satu resepi yang guna sukatan cawan dan guna kaedah kukus. Bahan-bahan pun ringkas.
Resepi Kek Pandan Kukus Coklat Rice
Bahan-bahan:
2 cawan tepung naik sendiri
1 cawan minyajk jagung
3/4 cawan gula castor
1 cawan susu cair
1 biji telur
Sedikit pewarna hijau
Sedikit esen vanilla
Coklat Rice - banyak mana ikut suka la
Cara-cara:
1. Pukul telur dalam bekas sampai berbuih.
2. Masukkan gula dan pukul lagi hingga sebati.
3. Masukkan minyak dan susu cair, gaul hingga sebati.
4. Masukkan tepung dan sedikit pewarna hijau dan esen vanilla, gaul sebati lagi.
5. Masukkan coklat rice dan gaul, kemudian tuangkan ke dalam loyang. Hiaskan atas adunan dengan taburan coklat rice.
6. Kukus selama 1 jam / Bakar (180'c) selama 45 minit.
No comments:
Post a Comment
Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)