29 June 2016

Program Ramadhan Bersama Palestin

29 Jun 2016.

Semalam berkesempatan menghadiri program kesedaran Ramadhan Bersama Palestin yang dianjurkan oleh Aman Palestin Malaysia (Melaka) di Auditorium tempat kerja. Yang istimewanya, Imam Palestin iaitu Sheikh Ehab Omar Soleh Ismael turut hadir untuk berkongsi keadaan sebenar di Palestin yang kita tak boleh dapat dari media-media sosial semasa.

Berkesempatan snap beberapa gambar dari slaid pembentangan yang dipaparkan, jadi minta luangkanlah sedikit masa untuk membaca isi kandungannya dan disebarkan kepada orang lain. Aku halalkan jika korunk nak save gambar dalam entri ini dan share dengan orang lain. Semoga ada kebaikan pahala untuk kita semua.






Penceramah meminta agar umat Islam mengingati tarikh keramat berdarah ini : 15 Mei 1948 dimana pada tarikh ini terbentuknya negara haram Isreal.



Penceramah mencadangkan agar sekiranya kita menyimpan niat dan mempunyai sumber kewangan yang stabil, supaya jika ingin keluar negara melancong...kalau boleh jadikanlah 3 lokasi ini sebagai lokasi pertama kita sebagai umat Islam perlu lawati. InshaAllah amin.....pasang niat dari sekarang semoga Allah SWT permudahkan niat kita.







Aman Palestin ada membuat potongan duit dari akaun online bank-bank terpilih secara bulanan iaitu sebanyak RM10/sebulan. Dicadangkan agar buat pemotongan secara 3 bulan sekali memandangkan setiap transaksi akan dicaj sebanyak RM1.00++ oleh semua bank, jadi untuk meminumumkan kadar caj bank, digalakkan untuk potongan dibuat setiap 3 bulan.

Ya Allah! Tersentuh hati bila ada orang Islam di Malaysia yang menyumbang barang kemas (emas) untuk diinfakkan kepada Tabung Aman Palestin. Secara tidak langsung mencetuskan idea kepada aku untuk menyumbang dalam bentuk emas selain daripada sumbangan wang ringgit. Semoga Allah SWT permudahkan niat aku yang satu ini...amin ya rabbal alamin!

InshaAllah, aku nak berbincang dengan suami tentang tajaan anak yatim Palestin secara bulanan sebanyak RM180 sebulan. Pihak Aman Palestin akan tunjukkan beberapa profail anak-anak yang kita ingin taja, dan kita boleh pilih sama ada bayi, anak kecil lelaki atau perempuan atau yang sudah besar. 

Tiba-tiba terdetik di hati, alangkah untungnya dapat menyara anak-anak yatim Palestin. Walaupun jauh dari mata, kita masih boleh membantu kelangsungan hidup mereka, semoga Allah SWT pelihara mereka untuk saham pahala kita. Kalau ada rezeki, kita bawa mereka datang ke Malaysia untuk bertemu....Allah, tak sabarnya....





 
Kawan-kawan, jom kita menderma seikhlas hati serendah RM100 untuk kempen Ramadhan Bersama Palestin. Jangan risau, setiap sumbangan kita layak mendapat pelepasan cukai tahun semasa. RM100 mungkin kecil bagi kita terutamanya saat-saat kita membuat persiapan hari raya, tapi nilai RM100 itu sangat besar bagi rakyat Palestin; ia dapat digunakan untuk menampung kos bersahur, berbuka, imarah Al-Aqsa, duit raya dan bantuan Syria.

Sebenarnya, aku masih simpan duit not RM100 yang arwah Mak berikan pada aku beberapa hari sebelum meninggal. Duit yang berasal dari duit tuntutan rawatan hemodialisis ini (RM400) mak bahagiakan sama rata antara aku, suami, adik bongsu dan suaminya sebab kami yang menguruskan arwah Mak sepanjang rawatan dialisis.

Aku masih simpannya selama 2 tahun lebih disebabkan terlalu sayangkan kenangan arwah Mak. Hari ini hati aku terdetik untuk mendermakan duit itu kepada tabung ini dengan niat amalan pahala berterusan untuk arwah Mak dan Abah. Semoga Allah SWT menerimanya...amin ya rabbal alamin.


No comments:

Post a Comment

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)